Assalamualaikum wbt..
Moga sahabat2 pembaca berada dlm keadaan sihat hendaknya. Mungkin ada di kalangan kita demam dan sbgainya. Maklumlah dlm keadaan skrg ni, pelbagai penyakit yg timbul dan yg terbaru kini Influenza A H1N1. Mz nasihatkan kpd shbt2 supaya cepat2 cari cara mencegah sekali gus merawat sakit dan badan kalian. Mz juga baru lepas sembuh, Alhamdulillah xdikuarantin oleh pihak hospital baru2 ini. Mz dah pun menjalani ujian saringan H1N1 krn demam yg teruk, batuk2, selsema dan sakit dlm dada. Seminggu juga Mz demam…Alhamdulillah semuanya baik cuma penyakit lama Mz bertandan kembali. Tapi Mz amat gembira sekali krn hypotension yg Mz alami sblm ini sudah pun pulih…Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..
Baru-baru ini Mz ada terbaca sebuah majalah kanak2, dan Mz amat tertarik utk membaca di ruang “kesihatan” dlm majalah tersebut. Mungkin dah ramai yg tahu tentang bakteria ‘baik’ iaitu Lactobacillus yg terdapat dlm susu masam @ yogurt. Dan kali ini Mz nak kongsi satu lagi bakteria ‘baik’ yg telah ditemui oleh saintis. Tak silap Mz dah lama saintis menemuinya cuma Mz yg kurang peka. Utk pengetahuan pembaca, bakteria yg Mz maksudkan adalah Lactobacillus Acidophilus yg berfungsi bersama2 dgn bakteria Lactobacillus yg mencegah penyakit di dlm usus manusia. Bakteria ‘baik’ ini telah ditemui oleh pakar biologi Elie Metchnikoff ketika membuat kajian terhadap diet minuman susu tapaian para petani di Bulgaria dan Russia Selatan.
Di dlm kajiannya, Metchnikoff telah membuat beberapa kesimpulan iaitu:
- Kebanyakan penyakit manusia berpunca dari proses pengasingan protein dan mikroorganisma yg telah busuk di dlm salur usus.
- Lactobacillus boleh menanam dan membiakkan bakteria berfaedah dlm usus bagi menyingkirkan bakteria yg merbahaya.
Fungsi bakteria Lactobacillus Acidophilus:
- Pengeluaran vitamin di dlm usus
Selain dari vitamin K, Acidophilus juga mampu mensintesiskan komponen vitamin B kompleks terutamanya vitamin B12. Vitamin ini sgt diperlukan dlm pembentukan darah dan fungsi hati. Asid folik juga turut dikeluarkan oleh bakteria ini di dlm usus dan memainkan peranan penting bagi membetulkan masalah kekurangan zat besi dan anemia.
- Menyembuhkan sembelit
Ada antara bakteria yg berbahaya mengeluarkan enzim yg mampu memusnahkan vitamin B1 di dlm usus, seterusnya menimbulkan masalah sembelit. Pengambilan Acidophilus dpt menghasilkan vitamin B1 di dlm usus dan membunuh pengeluar enzim pathogens.
- Mencegah kembung perut, masalah angin serta nafas yg berbau
Bakteria ‘jahat’ yg hidup dlm makanan yg tdk hadam di dlm perut akan menimbulkan masalah angin atau gas. Perut akn terasa kembung dan nafas akan berbau. Keadaan ini berlarutan sehinggalah gas tersebut bergerak ke usus akhir. Menerusi pengambilan Acidophilus, ia bkn sekadar menghapuskan bakteria ‘jahat’ malahan mampu meningkatkan penghadaman makanan.
- Menghalang amoeba, cacing dan lain2 parasit
Bakteria Acidophilus amat berkesan menghalang amoeba dan lain2 jangkitan usus dgn melindungi usus dlm bentuk asid dan menyekat pembiakan parasit.
- Merawat usus slps terapi antibiotik
Antibiotik yg telah digunakan scra meluas dlm mencegah jangkitan, scra senyap turut mampu memusnahkan keseimbangan microflora dlm usus. Keadaan ini boleh memusnahkan Lactobacillus seterusnya membawa kpd masalah cirit-birit dan kekurangan vitamin B kpd pesakit. Pengambilan Acidophilus akn dpt membantu menyeimbangkan kembali microflora dlm usus.
Suka utk Mz meng’highligh’kan di sini bhw pengambilan Lactobacillus Acidophilus dlm diet harian merupakan langkah pencegahan trhadap penyakit yg berpunca dari usus kita. Perut dan usus dilihat sebagai ‘sarang’ bagi kebanyakan penyakit. Oleh itu, perlu utk kita menjaganya dgn baik terutamanya penjagaan dari segi pemakanan harian kita. Allah begitu sayang pada kita sehinggakan usus kita pun Dia jaga dgn menjadikan bakteria ‘baik’ utk usus kita. Mz juga mengesyorkan kpd pembaca2 supaya menggunakan produk kesihatan yg terjamin kualitinya dan halal dr sudut syari’e. Bagi Mz, ubat-ubatan hospital kdg2 tak menjamin utk merawat sakit dlm badan kita krn kandungan ubat-ubatan yg kita tahu adalah kebanyakannya mengandungi dadah dan ianya adalah utk menahan sakit semata bukanlah utk mencegah dan merawat sakit tersebut. Mz menyatakan sedemikian bukanlah krn Mz tak suka pd ubat hospital tapi itulah hakikat yg perlu kita tahu. Semoga dgn sedikit paparan kali ini, dpt memberi input yg berguna buat pembaca semua..
waLLahu a’Lam..
