Jom Gegarkan!

posterprint 

Bismillahirrahmanirrahim..
Julung – julung kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.

 

KONSERT ANTARA DUNIA ’09  

Konsert Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Tema:

 Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa:

1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 malam – 11.00 malam

 Tempat:

Stadium Melawati Shah Alam

 Artis jemputan: 

Hijjaz 

Raihan 

Rabbani 

Shoutul Harokah

 

Maklumat Lanjut sila ke http://gamisconcert.blogspot.com untuk tempahan tiket & sebagainya.

 Sebar-sebarkan & datanglah beramai-ramai

Talkshow Nisa’

TALKSHOW

( sempena Isra’ Mikraj )

 Bertajuk :

“Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia”

 

Penceramah :

 Ustaz Uda Bin Kassim 

( Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor)

 

 Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)

Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG

Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC 

 

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. ……

Makanan PERCUMA disediakan!!

 

Hubungi :

 019-205 0319 @ 013-918 1078 @ 013-200 9426

 ( Unit Pembangunan Insan )

 NISA` Wilayah Persekutuan

http://nisawp.blogspot.com

p/S: kpd warga Legenda (muslimat shj) yg nak join skali dgn Mz ke Talkshow ni, bleh hubungi Mz atau ym di al_fatihah06 😉

Forum Ayat-Ayat Cinta

ayat2-cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagiNya yg memberi nikmat kpd kita..selawat dan salam kpd baginda SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah bersabda: “Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak beriman kamu sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukah ku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat nescaya kamu akan berkasih-kasihan?, iaitu sebarkanlah salam di antara kamu.” [Riwayat Muslim]

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah…aku kembali lagi utk berpena. Keletihan kali ini menerjah kembali. Pada mulanya agak rileks sbb masih di awal semester.  Bila dah masuk minggu ke 3 ni sedikit keletihan, kepenatan yg menjalar diriku ini. Tapi bak kata mama, kepenatan dan kesusahan tu hanya sementara sje..percayalah, satu hari nanti akan terbina sinar kejayaan dan kebahagiaan dlm hidup kita. Masih terngiang2 suara mama di telinga ni ketika bersembang dlm telefon tempoh hari. Ermm.. rindu pula kat keluarga di kampung, semoga kalian sihat hendaknya.. 🙂

Itulah tanda kasih, sayang dan cinta seorang ibu terhadap anaknya. Namun sebagai anak, adakah kita punyai perasaan yg sama pada ibu kita sedangkan ada yg mencurahkan kasih dan cinta mereka pada yg lain. Cinta itu amat subjektif utk kita fahami…tetapi anak2 muda hari ini mendefinisikan ‘CINTA’ itu hanyalah pada sang kekasih. Malahan tanggal 14 Februari itu dijadikan tarikh keramat utk mengingati pasangan masing2. Adakah rasional mereka berbuat demikian? Dan apakah sebenarnya ‘Valentine’s Day’ ni? Inilah yg akan kita bincangkan dlm ‘Forum Ayat-Ayat Cinta’ nanti.

So, apa lagi kawan2…jom ramai2 serbu forum ni. Maklumat forum seperti berikut:

 Forum Ayat-ayat Cinta

Ahli panel: Ust. Mansor Hj. Mohd & Muhamad Nasir

Tarikh: 26 Mac 2009 (Khamis)

Tempat: DKA1/1, Kolej Legenda

Khas utk warga Legenda…anda dijemput hadir. Semoga forum ini akan memberi panduan berguna utk anda semua. Kalau ada kwn2 dari tempat lain nak datang pun boleh..dialu2kan 🙂

WaLLahu a’Lam..

Salam Maulidur Rasul

iluvhim3

Bismillahirrahmanirrahim..

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” [Al-Ahzab, ayat 21]

“Muhammad itu  bukanlah bapa dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup sekalian nabi. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [Al-Ahzab, ayat 40]

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagiNya yg memberi nikmat kpd kita..selawat dan salam pd baginda SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Syukur Alhamdulillah dgn limpah kurnianya dpt kita bersua lagi.  Hari ini adalah hari yg amat bermakna bagi kita sbg umat Islam. Hari yg cukup bersejarah di mana pemimpin utama kita Baginda Muhammad SAW dilahirkan iaitu pd tanggal 12 Rabi’ul awal bersamaan 20 April tahun Gajah. Kebarangkalian ada yg tidak tahu dan mumkin terlupa ‘birthday’ junjungan mulia kita, Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi kisah2 dan sejarah baginda…Jadi, apa kata kita sama2 refresh balik peristiwa kelahiran Nabi kita, yg mana telah banyak meninggalkan kesan kpd kita sbg umatNya… 🙂

Oleh itu, kami sbg ahli dan penggerak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI),Kolej Legenda mengambil inisiatif utk mengadakan satu ceramah sempena Maulidur Rasul yg bertajuk ‘KUJEJAK’. Ceramah ni akan disampaikan oleh Ustaz Najib, pensyarah di MMU yg mana mantan (bekas) penasihat PMI Legenda. Mesti dah ramai yg kenal Ustaz Najib ni 😀

Perjalanan majlis ni akan dimulakan dgn solat maghrib berjemaah di surau Akademik Legenda dan akan bergerak ke dewan A1/1 utk acara seterusnya.  So, pda semua warga Legenda dijemput hadir utk mengimarahkan majlis pada hari Khamis, 12 Mac 2009.

Sama2 kita hayati peristiwa dan pengorbanan baginda kpd  umatNya yg tercinta..Salam Maulidur Rasul…

WaLLahu a’Lam.. 🙂

 

“Bicara Palestin”

palestine

Bismillahirrahmanirrahim…

“Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalanghalangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut kepada Allah. Mereka mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat mendapat siksa yang berat (azab).” 

[Albaqarah, ayat 114]

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagiNya yg memberi nikmat kpd kita..selawat dan salam pd baginda SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Pada beberapa minggu yg lalu, aku serta beberapa org sahabat telah pun bersepakat utk mangadakan stu ceramah ‘Bicara Palestin’ di Legenda. insyaAllah akan diadakan pada hari khamis, 5 Februari 2009 bersamaan 10 Safar 1430H yg akn disampaikn oleh En. Jufitri Joha. Setelah ditapis kami decide ceramah ni dilangsungkn di surau akademik Legenda. Pada mulanya, nk buat di dewan tpi memandangkan kami kesuntukan masa, jadi kami memilih alternatif yg pling mudah.

Utk makluman semua warga Legenda, kami nk buat survey ttg isu2 di palestin yg patut diketengahkn. Mumkin ada antara kalian yg mmpunyai pandangan, idea atau persoalan ttg isu2 di palestin…kalian dialukn utk berbuat demikian. Boleh terus berhubung dgn sy  di al_fatihah06@yahoo.com.my (emel, ym @ skype) atau komen je kat blog ni. insyaAllah pandangan dan persoalan kalian akn kami ketengahkn dlm ‘Bicara Palestin’ nnti..

So, pada semua warga Legenda..anda dijemput hadir.. 🙂

WaLLahu a’Lam…