Ramadhan 1433H

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sudah dua hari kita menyambut Ramadhan 1433H. Semoga kita semua tergolong dlm golongan yg disebutkan Allah di dlm Al-quran sbg org2 yg mendapat kemenangan di akhirat kelak.  

Buat pembaca blog Mz, terima kasih krn masih mendokong Mz utk terus berkarya. Moga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna dlm hidup kita utk meneruskn hari2 yg mendatang.

Kpd keluarga Mz yg berada jauh di pantai timur, salam sayang dri Angah. Semoga Allah memberikan limpahan rezeki yg barokah, umur yg panjang,  ilmu yg bermanfaat serta hidup yg diredhai oleh Allah. Bukan shj di bulan yg penuh keberkatan ini malah berterusan sehingga akhir hayat..insyaAllah.

Ramadhan Kareem…

Business online

Bismillahi tawakkal ‘alALLAH..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk Mz berpena di sini. Rasanya sudah hampir setahun jg Mz xmenulis. Cukup membuatkan hati Mz rindu utk meggerakkan jemari bahkan setiap hari Mz memohon doa pdNya agar diberi kesempatan utk Mz kembali menulis. Alhamdulillah,syukur yg xtrhingga. Moga Allah sntiasa memberi kelapangan waktu dan diberikan kesihatan yg baik utk memanfaatkn masa yg masih berbaki ini.

Dari Nilai mengmbara ke Klang dan kembali semula ke Nilai. Hampir lima tahun berada di tempat org cukup membuatkan hati Mz merasa sayu krn ayahanda meninggalkn Mz dlm tempoh yg begitu cpt.  Setengah tahun kemudian Mz merantau lagi ke negeri orang, ke Kuala Terengganu utk menimba pengalaman. Setahun lebih berada di sana meninggalkan kenangan yg amat payah utk Mz lupakan. Dan sekarang Allah campakkn Mz di Shah Alam,menimba pelbagai pengalaman dan belajar banyak perkara. Itulah rentetan kehidupan Mz sejak 2006 hingga kini. Menjadi seorang pelajar hingga ke alam pekerjaan,jatuh, bangun kemudian jatuh lagi tetapi Mz tdk boleh berputus asa. Kata-kata semangat ayahanda ttp di memori dan sentiasa melekat di hati Mz. Xkan pupus hingga Mz ditelan bumi. Allah telah berfirman yg bermaksud:

 “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

[Azzumar : 53]

Kalam suci Allah ini Mz tanamkn ke dlm hati spy walau apa badai sekali pun yg dtg, Mz tetap teguh dlm mengabdikan diri kpd Allah yg Maha Menguasai seluruh langit dan  bumi, InsyaAllah. Sungguh benar apa yg dikatakan ulama’ bahawa menjadikan al-Quran sbg teman adalah penyelamat segala perkara dengan izin Allah. Itulah kuasa dan keajaiban al-Quran yg diturunkan Allah kpd  kita.

Alhamdulillah dgn izin Allah jg Mz dpt membuka perniagaan secara online. Sudah lama Mz mahu lakukan cuma tdk ada keberanian dan sokongan. Dan skrg Mz tersenyum bangga krn pada masa yg sama Mz bekerja sbg guru tusyen, staf wakaf quran dan jg bisnes online yg Mz kelolakan sendiri. Terdetik juga di hati utk membuka kedai sendiri spy mama Mz dpt meluangkan masa beliau dgn perkara2 yg pernah beliau lakukan satu waktu dahulu. InsyaAllah dgn kudrat yg masih ada skrg ini, Mz mahu lakukan yg terbaik utk keluarga  jg utk diri Mz sndiri. Semoga Allah memberkati hidup Mz sekeluarga dan diberikan limpahan rezeki buat kami utk membantu addeen terutamanya. Amin ya Rabb..

Utk tempahan dan order barangan di TyaNurTiha StyLe, boleh hubungi Mz sendiri di talian 01119305150 atau pm shja di http://www.facebook.com/TyaNurTiha atau emelkan ke tyanurtiha@yahoo.com / al_fatihah06@yahoo.com.my

Layari juga website TyaNurTiha StyLe di:  http://tyanurtihastyle.wordpress.com/

Syukran..Wallahu ta’ala a’lam.. 🙂

Happy Muaddibah’s Day..

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Setinggi-tinggi kesyukuran Mz panjatkan kpdNya yg Maha Tinggi lagi Maha Agung. Syukur krn Mz diberi kesempatan lagi utk pulang ke kg halaman bertemu keluarga tercinta. Segala resah dan gelisah Mz sejak kebelakangan ini hilang pabila berada di kg. Walaupun penat menjalar di seluruh tubuh namun Mz begitu bahagia tatkala melihat keluarga tersayang apatah lagi dpt bersua dgn mama dan abah tercinta. Walaupun abah masih lg berada di hospital namun menatap wajah ayahanda memberikan seribu satu semangat baru buat Mz. Melihat keadaan abah yg begitu bersemangat utk kembali berjalan dan meneruskan kehidupannya seperti biasa, memberikan motivasi utk diri Mz. Tabah sungguh ayahandaku!! Moga abah cepat sembuh..ameenn..

Sempena hari guru, Mz ingin dedikasikan SELAMAT HARI PENDIDIK buat semua ustaz, ustazah, cikgu2, para pensyarah yg pernah mendidik dan mengajar Mz selama ini, dan xlupa juga seluruh guru2 di Malaysia amnya. Sebenarnya Mz sendiri pun lupa semalam, tanggal 16 Mei adalah hari penting buat Mz dan rakan2 seperjuangan sebagai ‘muaddibah’ di PASTI Isbat. SELAMAT HARI MUADDIBAH buat semua pendidik di Isbat Al-Imtiyaz dan utk diri Mz sendiri 🙂 (Muaddibah Fatihah, Muaddibah Nur Izzati, Muaddibah Salmah, Muaddibah Durrah dan 2org muaddibah baru iaitu Muaddibah Aida dan Muaddibah Jannah). Mungkin xsempat Mz nak menyambutnya di PASTI krn Mz sdg bercuti di kg utk menguruskn beberapa  hal penting. Semoga setiap didikan para pendidik mendapat balasan yg baik drNya nanti..insyaAllah.

“Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa kerana orang tua penyebab adanya kita sekarang dan hidup di alam fana ini, sementara guru penyebab hidup yg kekal. Kalaulah tidak ada guru, nescaya apa yg dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya..” [Imam Ghazali]

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikatNya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yg ada di  dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yg mengajarkan kebaikan kpd manusia” [Hadis Riwayat Al-Imam At-Tirmizi]


THANK YOU TEACHERS!!

Thank you for all the,

Hours you spend,

Attention you give,

Needs that you tend,

Knowledge you pass on,


Your special touch,

Offering guidance,

Undaunted by much,


Time you spend planning,

Efforts you make,

Angles to learning,

Chances you take,

Here’s to my teachers,

Each one a gem,

Recognized now, I

Salute them!


Wallahu a’lam..

Salam Ramadhan al-Karim..

Bismillahirrahmanirrahim..

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

Salam intifadha buat sahabat2 sekalian..bertemu kembali di ruang dan waktu ini. Sebelum Mz terlupa, Mz ingin mengucapkan selamat berpuasa kpd semua terutama buat keluarga Mz, sahabat2 dan pembaca blog seterusnya kpd seluruh umat islam amnya. Alhamdulillah pada waktu dan saat ini Mz masih sempat utk berceloteh dan menyampaikan sedikit cenderahati buat pembaca blog Mz. Agak lama Mz menyepi dan xmengupdate blog ni. Sejak Mz mula mengajar, masa amat mencemburui Mz krn banyak tugasan yg perlu Mz lakukan, boleh juga dikatakan wajib bg Mz krn itulah jihad dan kewajipan yg tergalas di bahu Mz kini. Kerinduan utk menulis sentiasa menerjah di kotak fikiran dan hati Mz, namun masa yg terbatas memaksa Mz utk bg sign “red light” pd diri Mz utk berpena di blog. Cuma dgn masa yg ada, Mz mengisi ruang2 kosong dgn menulis novel yg terbantut ketika Mz di alam pengajian di kampus..Alhamdulillah, novel Mz dlm proses yg agak baik.

Ada antara sahabat2 Mz yg menghantar mesej bertanyakan khabar dan sbgainya. Di kesempatan waktu yg ada, Mz sempat membalas seringkas mungkin mesej sahabat2. Dan waktu ini, Mz amat rindu utk bertemu sahabat2 lama..sudah bertahun rasanya tak bersua. Moga kalian sihat hendaknya. Mohon maaf buat shbt Mz, Maizatul dan suami krn xdpt menghadirkan diri di walimah kalian. Moga bahagia milikmu wahai shbt.. 🙂 Cuti seminggu ni, Mz mengisi masa pulang ke kampung dan Mz sempat melayari internet di rumah, buka emel, ym dan macam2 lagi. Di Klang Mz xdpt surf internet..klu ada pun di sekolah yg Mz mengajar, tu pun Mz xsempat nak buka..Alhamdulillah kesempatan yg ada ni, Mz cuba utk memberi input buat shbt2 pembaca. Semoga dgn sedikit penyampaian yg Mz berikan dpt kita aplikasikan dlm kehidupan kita..insyaAllah.

Sempena Ramadhan yg telah pun membuka tirainya selama seminggu ini, Mz teringat kpd shbt2 di Legenda..di mana tiap2 tahun akan diadakan Ihya’ Ramadhan. Kenangan yg xmgkin Mz lupakan hingga ke hari ini. InsyaAllah Mz akan penuhi jemputan adik2 Legenda utk berbuka puasa bersama mereka. Kpd shbtku Farah, terima kasih di atas kedatangan dan ziarah ke rumah Mz di Klang baru2 ini. Moga ikatan dan jalinan persahabatan kita kan kukuh dan kekal hingga ke akhir hayat..insyaAllah 🙂  Berkisar pula kisah Mz di Klang, Alhamdulillah, anak2 Mz di PASTI sudah mula rapat dgn Mz. Mula2 agak sukar utk Mz mengawal kerenah dan perangai anak2 Mz, tapi dgn strategi dan pendekatan yg Mz gunakan…Alhamdulillah, ternyata Mz semakin sayang terhadap anak2 Mz, harap2nya mereka pun begitu juga. Walaupun baru sebulan Mz berkhidmat di sana, dah banyak program yg Mz ikuti termasuk kursus Guru2 PASTI. Semoga kasih sayang yg terbina antara guru2 dan pelajar di PASTI tak kan pernah ada tarikh luputnya..insyaAllah. Jutaan terima kasih buat guru besar dan rakan2 guru di PASTI krn telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan buat Mz..syukran kathira 🙂

Coretan Mz kali ini juga Mz tujukan buat kak Muslihah yg mana Mz sempat jumpa beliau di konsert GAMIS baru2 ini. Alhamdulillah tautan ukhwah dan perkenalan bermula dari alam maya akhirnya semakin erat setelah berjumpa scra realitinya utk kali yg pertama. Terima kasih ye kak belanja sy malam tu 😉 Tak sangka juga dpt jumpa beliau, sbb sblum ni Mz mmg susah utk berjumpa dgn kakak2 dan shbt2 di alam maya..insyaAllah jika diberi kesempatan olehNya..Mz akan bertemu jua dgn mereka..especially nak sgt jumpa dgn kak Diya..moga ada jodoh nak jumpa dgn beliau lepas ni..

Syukur yg tak terhingga Mz panjatkan kpdNya krn Mz masih diberi peluang utk bertemu dgn Ramadhan karim..semoga Ramadhan tahun ini  memberi seribu makna dlm hidup Mz dan  dikurniakan rahmat olehNya. Semoga salah satu kewajipan rukun islam ini dpt kita hayati bersama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,. daripada Abdullah bin Omar Al-Khattab r.a. yg bermaksud :

“Islam itu dibina atas lima rukun, penyaksian tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, naik haji dan puasa pada bulan Ramadan”.

Mz mendoakan agar shbt2 pembaca semua mendapat rahmat dan keberkatan di bulan yg mulia ini. Sama2lah kita meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kpdNya pada bulan yg penuh fadhilat dan barakah ini, semoga diberi maghfirah dan keampunan dariNya..amiinn..

p/S: Seronok dpt berterawih bersama mama di rumah tika pulang ke kg..dan seronok berterawih di masjid brsama housemate tika berada di Klang.. ;)Alhamdulillah..

waLLahu a’Lam..

Langkahku..

Bismillahirrahmanirrahim..

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, para siddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. “(An-Nisaa’: 69)

Salam mawaddah dan salam ketenangan buat sahabat2 sekalian. Semoga hati2 kita sentiasa mendapat ketenangan dan keberkatan olehNya..insyaAllah. Alhamdulillah..Mz panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi krn dengan limpah kurnianya Mz masih bisa melihat dan menikmati keindahan ciptaan Allah, dan juga masih bisa merasai cintaNya yg tidak pernah putus terhadap hamba2Nya. Semoga cinta hakiki dan abadi terus berada pada hati2 kita..terima kasih ya Rabb..

Pertama sekali Mz ingin mengucapkan tahniah buat sahabat seperjuangan Mz..Sumayyah (meksu) serta zaujnya Zulfadhli yg bakal menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi. Alhamdulillah..seorang lagi mujahid/mujahidah yg bakal memenuhkan saff di medan juang nanti..insyaAllah. Tahniah juga buat seorang lagi sahabat Mz yg bakal bergelar zaujah tdk lama lagi, insyaAllah Mz akn cuba memenuhi jemputan beliau nnti..moga bahagia milikmu duhai teman 🙂

Ermm..ramai juga teman2 Mz yg sudah memulakan langkah ke alam bahagia malah ada juga yg sudah mempunyai  3 orang permata hati..alhamdulillah. Ada juga teman2 yg bertanya ttg Mz..bila lagi nak ikut jejak mereka. Mz hanya tersenyum mendengar persoalan yg cukup memalukan buat Mz. Bukahlah Mz tdk mahu utk mencipta bahagia tersebut tetapi banyak lagi tanggungjawab yg perlu Mz selesaikan. Bagi Mz, tanggungjawab terhadap keluarga dan diri Mz lebih penting berbanding yg lain…my family is my everything. Itulah kata2 yg sering Mz lontarkan pd teman2 Mz. Lagipun, Mz merasakan  masih terlalu awal utk Mz melangkah ke alam itu dan perjalanan Mz masih panjang. Teman2 Mz hairan kenapa Mz sering kali menolak lamaran dari beberapa org syabab sebelum ni, walhal mereka bukanlah calang2 orang bg Mz. Mungkin Mz masih belum bersedia, banyak lagi yg perlu Mz pelajari dan Mz lebih utamakan pendidikan dan kerjaya Mz. Siapa yg tidak mahukan bahagia…bagi Mz biarlah bahagia itu diciptakan utk Mz dan bakal suami Mz suatu hari nanti utk menggapai redhaNya bersulamkan cinta hakiki. Tiada lain yg Mz harapkan…moga Allah mengabulkan doa Mz yg satu itu…amiinn..

Alhamdulilah..Mz berkesempatan utk berpena pd hari ni. Mz sengaja mengambil masa terluang ini utk mencoretkn apa yg terlintas di kepala Mz. Mungkin lepas ni Mz kesuntukan masa utk berceloteh kat blog Mz, sbb bermula 3hb nanti Mz dah mula mengajar di Klang. InsyaAllah ada masa nanti, Mz cuba update blog dari masa ke semasa. Utk permulaan mengajar ni, mungkin Mz xdpt nak on9 atau update blog lagi..sbb broadband yg Mz nak beli masih dlm proses. For sure Mz akan rindu sahabat2 di Legenda dan juga sahabat2 yg pernah Mz kenal. InsyaAllah..moga ada kesempatan utk berjumpa lagi 🙂

Kerinduan pada mama dan abah, abang dan adik2 jua sentiasa menerjah dlm kotak fikiran Mz. Mz dah rancang utk pulang ke kampung sebelum Mz mula mengajar tapi masa tdk mengizinkan. InsyaAllah Mz akan cuba mencari masa utk pulang ke kampung…xtertahan rasanya rindu pada keluarga. Moga diberi kesempatan olehNya..

InsyaAllah jika tiada aral melintang, Mz akan berangkat ke Klang petang ini. Buat sementara waktu, Mz tinggal bersama salah seorang cikgu yg mengajar di PASTI juga sebab Mz takut nak tinggal sorang2 kat rumah sewa. Jadi sebelum dpt rumah sewa tu, boleh la Mz mencari teman serumah. Ermm…ada yg bertanya Mz mengajar madah apa. Actually, guru2 kat PASTI wajib mengajar perkara asas sprti ibadah, akhlak, mengaji  dan Mz diberi tanggungjawab utk menjagar bahasa Inggeris…jadi guru kelas utk budak2 umur 6tahun je.  Mz memang suka dgn budak2..insyaAllah tiada masalah utk mengajar dorang. Doakan Mz sabar dlm mendidik anak2 murid Mz nanti..moga ada keberkatan tika Mz mencurahkan ilmu utk anak2 murid Mz…itu je yg Mz harapkan. Banyak yg Mz dah plan utk masa akan datang, jadi Mz akan selesaikn satu2..moga dipermudahkan olehNya..insyaAllah 🙂

Harapan Mz semoga kalian sentiasa menjadi yg terhebat…tdk kira bidang apa sekali pun. Yg penting kita ada minat, usaha dan tawakkal..insyaAllah apa yg kita impikan akan menjadi satu kenyataan. So jangan mudah berputus asa..Mz ingatkan utk diri Mz juga supaya tdk mudah putus asa utk mencapai impian Mz. Dgn adanya sokongan dari keluarga dan juga insan yg amat Mz hargai jua sahabat2..insyaAllah Mz akan teruskan perjuangan Mz sehingga apa yg Mz impikan menjadi realiti satu hari nanti..doakan..

p/S: Bila dengar lagu UNIC-Langkah Tercipta, semangat Mz semakin membara utk meneruskan langkah yg seterusnya.. moga langkah ini tdk kan terhenti… 😉

waLLahu a’Lam..

Sepanjang Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim..

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
[Al-An’am: 17]

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..segala puji bagiNya yg masih memberi peluang kpd kita utk terus berada di taman2 iman dan Islam. Maha suci Allah yg menciptakan seluruh alam dan menjadikan segala sesuatu di atas muka bumi ini…

Bertemu kembali pd waktu dan ketika ini..semoga Allah memberkati setiap amalan dan perbuatan kita yg sebelumnya mahupun pada hari ini bahkan esok dan seterusnya…insyaAllah. Terlebih dahulu Miss Zinnirah ingin memohon maaf kpd shbt2 pembaca blog Mz krn xsempat nak balas emel dan komen2 dari kalian. Pada tika itu Mz berada di kg halaman dan Mz agak sibuk menguruskan hal2 lain, bekerja tanpa gaji dan jg menyiapkan tesis Mz. So Mz ketiadaan masa nak surf internet kt rumah, ada jg Mz curi sdikit masa buka ym dan cek emel sebelum Mz melenakan diri. Walaupun agak kepenatan dlm beberapa minggu ni..tapi Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan pd Mz utk meneruskan perjuangan.

Utk makluman shbt2 semua, pd hari khamis yg lalu brsamaan 16 Rejab 1430H, Mz brsama abang, adik dan ank sedara Mz bertolak ke kL. Tujuannya sbb nak ke kolej Mz utk angkut barang2 Mz bwa balik ke rumah, hantar komputer anak sedara Mz di KPTM Cheras, smbil2 tu abang Mz nak pergi ziarah ke rumah abang dan kakak kami di Sg. Boluh dan Kajang. Kami bertolak dari Kelantan pada hari rabu dan bermalam di rumah kakak kat Besut, Terangganu. Keesokannya, kami mulakan perjalanan ke Kuantan, ziarah adik Mz yg baru shj sambung belajar di KIPSAS baru2 ini. Sepanjang perjalanan ke KIPSAS, Mz tdk melepaskan pluang utk menikmati keindahan ciptaan Allah, walaupun Mz agak mengantuk masa tu. Mama Mz bukan main risau pd kami, bleh dikatakan stiap beberpa jam mama call, bkn apa..risau sbb kami berempat bknlah mahir dgn jalan2 nak ke kL ni. Mz sendiri rasa gelisah tika perjalanan kami bermula..rasa xsedap hati pun ya jg, tapi Mz cuba tenangkn diri dan istighfar byk2, xlupa mendoakan agr perjalanan kami selamat. Selepas makan tengahari (Mz bawa bekal dari rumah kakak) di KIPSAS bersama adik Mz, kami segerakan kwajipan kami, abang Mz jg sempat merehatkan diri. Mz pula menggunakan masa sebaiknya utk bercinta dgnNya dan bermesra dgn warga muslimat KIPSAS yg kebetulan solat di situ jg. Tenang hati Mz melihat gaya pemakaian dan tutur kata muslimat kat situ, comey2 belaka..Alhamdulillah 🙂 Smoga ‘kecomelan’ yg ada pd mereka tetap utuh dan kukuh tertugu dlm diri mereka..insyaAllah.

Dgn masa yg ada, Mz sempat berbual mesra, bergurau senda brsama adik tersayang…maklumlah agk lama Mz xjumpa adik Mz yg tu. Alhamdulillah..Mz nampak adik Mz dpt menyesuaikan diri dgn environment kat situ, malah tampak segak dgn gaya penampilannya sbg sorang student kolej dan tutur bicaranya jg nampak berkeyakinan berbanding dahulu..semoga Allah memelihara adikku yg satu itu. Sekitar jam 4.30 ptg, kami meneruskan perjalanan ke kL melalui lebuhraya Gambang. Namun malang mmg xberbau, sepatutnya kami smpai di kL pd malam tu, tapi perancangan awal kami tergendala sdikit sbb kami terkandas di Maran Pahang pd petang tu. Kereta iswara yg dipandu oleh abang Mz ada masalah dan agak besar jg kerosakan kereta kami. Mz ni bknlah tahu sgt psl kereta, tapi dsbbkan kerosakan hari tu, Mz jadi tahu. Dan disbbkan kerosakan kereta tu jg, kami trpksa mnginap kat chalet semalaman dekat dgn bengkel tmpt kerete kami dibaiki. Tak pasal2 kami melancong kat Maran hari tu. Tu la ujian dan hikmah namanya..byk kali jg Mz mengeluh sbb Mz nak cepat smpai ke kolej, nak setelkn urusan Mz kt sana. Nasib baik abang, adik dan anak sedara Mz ada, klu x…Mz mesti dah putus asa nak tunggu kereta tu siap. Sepanjang kami berada di Maran, Mz xkeluar dari tempat di mana kami menginap..sbb Mz sorang je putri di kalangan putra2 tersebut. Mz just duduk dlm chalet, tgk tv dan siapkan tesis Mz manakala 3 org putra tu pergi jalan2 kat area Maran. Apa yg best kat Maran tu pun Mz xtahu…sbb apa yg Mz tgok, xde pape yg best pun. Yg paling Mz terkejut sbb area tu xde buka kedai makan pagi2..pelik betul! Gastrik Mz dibuatnya pagi tu..mmg Mz rasa lapar sgt, dkt pkul 10 pagi baru Mz dpt makan pagi. Kesian 3 org putra tu mncari kedai2 kt situ..dorang kata dekat 3km prjalanan dri chalet bru jumpa kedai makan..dasyat btul. Tapi xmengapalah, tu pun ujian jg buat Mz..pagi tu Mz xdpt bertahan, jd Mz makan je dlu pape yg bleh dimakan. Teringat Mz pd stu hadis al-qudsi, bhw Allah telah berfirman yg bermaksud:

 “Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, oleh itu mintalah rezeki daripadaKu.”

Sungguh rezeki itu dari Allah, Mz patut bersyukur sbb Mz masih lg diberikn rezeki olehNya. Alhamdulillah gastrik Mz xla seteruk yg disangka..masih ditahap biasa.

Sekitar jam 6 ptg,  Mz diberitahu oleh abang yg kereta dah siap dibaiki..sekali lg Mz dikejutkan dgn harga kereta yg dibaiki mencecah RM1700. Hampir nak pitam Mz dibuatnya. Yelah…Mz mana la tahu kerosakan mcmtu bleh mencecah harga sebanyak tu. Abang Mz kelihatan biasa shj pd pandangan Mz, mungkin abang Mz sudah biasa dgn harga persis itu. Hari jumaat slps maghrib baru kami dpt teruskan perjalanan ke kL. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan slps itu dan kami tiba di Sg. Buloh pd pukul 12 tghmlm. Malam tu, kami kepenatan yg teramat lg2 abang Mz, dan malam tu kami tidur dgn lena. Keesokan paginya, kami dah merancang utk ke KPTM cheras tapi disebabkan masa yg agak singkat, abang Mz mencadangkan kami ke UM dulu, hantar anak sedara Mz yg ada kuliah syari’ah kt sana, buat part time katanya. Selesai kuliah anak sedara Mz, kami teruskan prjalanan ke rumah sedara Mz kat Damansara pula. Sesat  jg kami dibuatnya, jalan2 kat kL ni mmg mengelirukan Mz apatah lg abang Mz yg jarang sekali dtg ke kL. Malam tu kami bermalam di rumah sedara Mz. Sempat jg 3 org putra tu ke kolam mandi kat area apartment sedara Mz tu. Mz selalu jg ke rumah sedara Mz yg tu sblm ni, dan pernah mandi-manda kat kolam tu..so Mz xjoin dorang sekali mlm tu..terasa malas, lagi pun Mz sorang2 je putri. Mmg seronok bila dpt mandi kolam, bleh hilangkan penat dan stress.

Keesokan pagi, kami berpatah balik ke rumah abang Mz di Sg. Buloh utk ambil brg2 termasuk henset Mz yg trtinggal kat sana. Slps lunch, kami betolak ke KPTM cheras hantar komputer anak sedara Mz yg belajar kat sana. Dah setel kat sana, kami ke rumah kakak di Kajang, sempat makan malam kat rumah kakak. Semasa perjalan ke kajang pun kami tersesat lagi. Tapi ada hikmahnya, dlm kesesatan tu kami bleh tahu jalan yg xpernah kami lalu. Dalam jam 9 malam kami meneruskan perjalanan terakhir kami ke kolej Mz. Walaupun penat, Mz terpaksa jg mengemas barang2 yg nak dibawa pulang. Banyak jg barang Mz rupanya, paling banyak buku2 yg Mz beli dan hadiah dr sahabat2. Kesian 3 org putra yg dibawa khas dri Kelantan ni, penat xhilang lagi tp kena angkut barang2 pula. Abang Mz nak balik ke Terengganu malam tu jg sbb dia nak ambil jubah konvo kat UMT pd hari esknya. Alhamdulillah kami selesai mengangkat barang pd pkul 12 tghmlm. Sempat jg kami menjamu selera mlm tu sblm dorang bertolak pulang ke Terengganu.

Apa yg Mz dpt simpulkan, sepanjang perjalanan kami ada dugaan dan ujian yg tdk disangka2. Namun ujian itulah yg mebuatkan Mz bertambah yakin bhw Allah tdk akan melontarkan ujianNya diluar kekuatan hambaNya. Banyak hikmah yg tersirat disebalik musibah yg menimpa. Sungguh! perancangan Allah itu yg terbaik. Apa yg dirancang oleh kita xsemestinya berlaku mengikut apa yg kita rancangkan. Jadi Mz seharusnya berfikiran positif dlm menghadapi setiap ujian dan musibah walaupun seberat mana yg menimpa. Alhamdulillah..Allah telah memberikan jalan keluar pd kami..semoga ianya menjadi pengajaran yg berguna buat kami jg pd semua pembaca blog Mz. Pengalaman itu sungguh bermakna bg Mz, krn ianya mengajar Mz utk menghadapinya dgn tenang dan sabar…insyaAllah 🙂

“Menakjubkan urusan seorang mukmin, jika ia mendapatkan nikmat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.” (HR Muslim & Tirmidzi)

WaLLahu a’Lam..

Salam Imtihan

kejayaan

Assalamualaikum…

Selamat berimtihan kpd semua sahabat2 seperjuangan khususnya dan seluruh Legendarian amnya yg sudah dan akan tempuhi final examination ni. Moga usaha kita mendapat natijah yg baik nanti..insyaAllah. Kpd rakan2 seperjuangan dgnku yg akan grade tak lama lagi…sama2 kita doakan kejayaan milik bersama..insyaAllah. Dah tak sabar rasanya nak habis ni…setapak je lagi langkah kaki ini akan tamatkan pengajian di sini. Pastinya aku akan rindu pada sahabat2 dan adik2 junior di sini. Doaku moga kalian tabah utk tempuhi perjuangan kalian di sini. Teruskan mengorak langkah demi masa hadapan yg sedang menanti kalian. Doakan juga daku  bejaya di dunia dan akhirat..insyaAllah. Sebuah lirik lagu ku titipkan buat sahabat2…

Brothers-Selamat Berjuang

Malam siang berlalu, Gerhana kesayuan, Tiada berkesudahan

 Detik masa berlalu, Tiada berhenti, Oh syahdunya

 Sejenak ku terkenang, Hakikat perjuangan, Penuh onak dan cabaran

 Bersama teman – teman, Harungi kehidupan, Oh indahnya

 Berat rasanya, Didalam jiwa, Untuk melangkah meninggalkan semua

 Kasih dan cinta Yang terbina, Diakan selamanya

 Slamat berjuang sahabatku, Semoga Allah berkatimu

Kenangan indah bersamamu, Takkan kubiar dia berlalu

Berjuanglah hingga ke akhirnya, Dan ingatlah semua ikrar kita 

Hati ini sayu mengenangkan, Sengsara di dalam perjuangan

Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan

Kedamaian dan jua ketenangan , Tetapi kuakur pada hakikat

Suka dan duka dalam perjuangan, Perlu ketabahan dan kekuatan

Keteguhan hati berlandaskan iman

 Slamat berjuang sahabatku, Semoga Allah berkatimu

Kenangan indah bersamamu, Takkan kubiar dia berlalu

Berjuanglah hingga ke akhirnya, Dan ingatlah semua ikrar kita

 

 p/S: Jangan sedih2 ye…insyaAllah insan bernama Nik Fatihah ni  tak akan lupakan kalian. Doakan kita dipertemukan lagi..mungkin suatu hari nanti..insyaAllah. Bertemu keranaNya dan berpisah jua keranaNya.. Ukhwah itu indah bila kita saling mengingatiNya 😉

Celebration~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Narrated Sa’d bin Ubaid:

(The Maula of ‘Abdur-Rahman bin Azhar) Allah’s Apostle said, “None of you should long for death, for if he is a good man, he may increase his good deeds, and if he is an evil-doer, he may stop the evil deeds and repent.”

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagiNya yg memberi nikmat kpd kita..selawat dan salam kpd baginda SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

cake father;s day     

First of all..I wanna wish Happy Father’s Day to my lovely dad, Haji Nik Mohammad bin Haji Nik Yusoff. Hopefully you will always be bless of HIM…I love u so much, ABAH!! Moga Ayahandaku sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki..insyaAllah.

Sedikit bingkisan doa buat Abah tercinta..

Ya Allah, limpahkan rahmat ke atas abahku…dan tabahkan hatinya dlm menghadapi musibahMu. Tetapkan hati abahku utk terus berada di jalanMu, kurniakan kebahagiaan padanya di dunia dan akhirat..aminnn..

“A father who will pursue infant care tasks with ease and proficiency is simply a father who has never been led to believe he couldn’t” –Michael Meyerhoff- 

Secondly, wanna wish Happay Birthday to my little cute bro, Dr. Nik Muhamad Fathullah bin Nik Mohammad on 15th June. InsyaAllah will be a doctor soon, after 15 years…maybe and hopefully it’ll be come a true dreaming. May Allah bless u my lovely adek…caayunk dia.. 🙂

 =))

Alhamdulillah..semalam family ada buat majlis kesyukuran sikit sempena hari lahirku dan juga adik kedua bongsuku, skrg ni baru darjah 4, tapi aku dah pupuk jiwa dia utk jadi doktor nanti, dia pun nampak ada minat ke arah bidang tu…insyaAllah, bakal doktor..menyambung perjuangan kakaknya yg sorang ni. Walaupun aku kat sini, tapi mama abah dan adik2 tetap raikan ulang tahun kelahiranku. Begitulah sambutan sejak 3 tahun aku berada kat sini. Tak mengapa aku tak ada pun…family telefon dari kejauhan pun jadila. Tapi kempunan juga sbb selama 3tahun aku kat sini, tak pernah merasa kek hari jadi sendiri..hehe..sedih juga la. Nak buat macam mana…redha je la. Syukran mama, abah dan adik2…sayang sangat2 kat kalian…doakan Angah sentiasa dlm kebaikan dan berjaya di dunia dan akhirat..aminn.. 🙂

 p/S: Utk celebration kali kedua ni tunggu Angah balik. Abe janji doh tu..heee..~~ 27hb ke kuantan pula..insyaAllah 😉

 WaLLahu a’Lam..

Selamat Hari Lahir…

Bismillahirrahmanirrahim..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran.”

[Al-Asr : 1-3]

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagiNya yg memberi nikmat kpd kita..selawat dan salam kpd baginda SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Alhamdulillah..aku masih berdiri di sini walaupun kudrat dan kesihatanku tidak mengizinkanku utk meneruskan kerja2 yg bertimbun di hadapanku. Namun ku gagahkan jua diri ini utk menulis apa yg terlintas di benakku ini.

Ucapan jutaan terima kasih ku ucapkan pd sahabat2 yg mengingati hari di mana aku dilahirkan iaitu 1 Jun 1987, terutama sekali buat sahabatku tercinta, Siti Norfarah dan adikku Fairuz Liyana krn mendedikasikan hari lahirku di blog kalian..terima kasih byk2. Kepada semua pembaca blog Miss Zinnirah, tiada kata yg indah utk ku lafazkan selain ucapan terima kasih. Kalianlah pembakar semangatku tika ini…syukran jaziilan.. 🙂

Syukur yg tak terhingga kulafazkan di setiap sujudku krn masih diberi peluang olehNya utk aku menikmati hidup di dunia fana ini. Alhamdulillah.. hari ini sudah masuk 22thn aku menikmati hidup. Dari kelahiranku hingga kini…dan kini aku telah mencecah ke alam dewasa, remaja lagi ni…insyaAllah. Dlm keadaan aku yg tak brp nak stabil ni, aku memang terlupa nak wish birthday utk 2 org adik kesayanganku..Angah minta maaf byk2 ye dik, seriously mmg terlupa. Maklumlah tgh sakit2 cam gini. Hari lahir adik2 pun lupa hatta hari lahir sendiri pun tak ingat. Nasib baik kak Zaf call semalam, dia yg ingatkan aku hari ini hari lahirku.

happy_birthday

Birthday adik2 tersayang:

Nik Fadhilah binti Nik Mohammad- 13 Mei 1989

Nik Mohamad Fikri bin Nik Mohammad- 28 Mei 1990

Hamdalah…dah besar adik2 aku ni rupanya. Masing2 nak sambung belajar lagi lepas ni. Adik perempuan aku yg sorang ni, nak fly ke Mesir tak lama lagi. Adikku yg manja sorang ni pula nak sambung belajar di KIPSAS…register 29 Jun nanti, insyaAllah. Alhamdulillah..masing2 dah dapat tawaran. Aku pula dah nak konvo…abang aku pun dah nak konvo bulan 7 nanti…Mama Abah tersenyum bahagia tika ini..syukur Alhamdulillah. Akhirnya anakmu yg selalu mengada2 ni dah pun dewasa walaupun berperangai kebudak-budakan sikit. Semoga apa yg ku impikan selama ini menjadi kenyataan…insyaAllah.

Sebenarnya pagi tadi aku sedih sbb mama abah tak wish birthday aku. Mungkin aku tgh sakit, so sensitif tu makin menjadi2. Tapi bila aku chatting dgn somebody tadi, tiba2 mama call. Seronok tak terhingga aku dibuatnya. Actually dari semalam aku rasa seronok dan bahagia..entah kenapa. Naluri aku memang sentiasa benar. Masa tu memang aku dapat rasa mama akan call….so aku tunggu je la dgn penuh sabar. Tambah pula abang kesayanganku hantar message sepetang tadi. Tak terkata rasanya hari ni. Boleh dikatakan hari ini hari lahirku yg paling bahagia…Alhamdulillah. Sakit aku ni pun brtambah baik kot…kot la. InsyaAllah…kalau aku terus bahagia persis hari ini, sakit aku pun boleh hilang. Moga bahagia ini sentiasa milikku..insyaAllah.. 🙂 Terima kasih ya Allah….krn kurniakan kebahagiaan ini pda hambaMu..

Sayang Mama..Sayang Abah..Sayang Abang..Sayang Adik2..Sayang Semua.. 🙂

p/S: Thanks a lot to kak Zaf..sedap kek yg akk beli tu..hee..ada orang bagi mcD lagi. Ermm..tertanya2 ni, Kata boikot tapi makan jg. Dah orang bagi…ambil jelah. Aish!!

WaLLahu a’Lam..

Ku Inginkan Ketenangan…

Bismillahirrahmanirrahim..

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yg besar dari Allah, mereka tidak ditimpa bencana dan mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar. “

[Ali Imran: Ayat 173-174] 

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagiNya yg memberi nikmat kpd kita..selawat dan salam kpd baginda SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Hamdalah…syukur kpd Allah yg telah memberi nikmat iman dan islam pd kita. Apa khabar iman kita pada hari in? Adakah lebih baik dr semalam? Tepuk dada tanya iman kita masing2..insyaAllah, moga ditetapkan hati kita utk terus berada di jalanNya. Thabbit qulubana ya Allah…

Tidak ada apa yg menarik utk aku kongsikan di sini. Cuma ingin mengingatkan diri yg lemah ini betapa Allah itu maha pengasih dan penyayang. Tidak sedikit pun Dia menghampakan hambaNya yg sentiasa mengingatiNya. Entah kenapa sejak 2, 3 minggu ini…mudah benar air mata ni menitis ke bumi. Seperti ada yg tidak kena dgn diriku. Aku sendiri masih keliru. Terasa berat utk ku melangkah ke hari depan, dan terasa berat utk aku menanggung ujian ini sendirian. Ada jg insan2 yg perihatin terhadap perubahan tingkah lakuku, mereka mengatakan aku tidak ceria seperti selalu, tidak banyak bicara seperti biasa, andaiankah itu? atau sememangnya aku begitu? Entahlah..ingin sekali ku menjerit pd dunia yg kini jiwaku sesak..sesesak traffic jam! Rasanya traffic jam pun tak sesak seperti jiwaku tika ini.

Buku2 yg sentiasa menjadi teman setiaku, selalunya akan habis ku baca paling lama dlm 2 hari. Tapi sejak akhir2 ini, fokusku hilang pd pembacaan buku2 dan novel2ku. Novel baruku, Twilight yg ku baca kini sudah mencecah hari ke 5. Rasanya inilah kali pertama pembacaanku pd novel terbantut. Ya Allah kenapa sampai ke tahap ini? Mujurlah projek tahun akhirku berjalan seperti biasa. Alhamdulillah..Dia permudahkan atas urusanku yg satu itu.

Semalam aku tidak dapat lena dlm tidurku, mumkin siang hari aku sudah cukup merehatkn diri krn pagi semalam, aku ada site visit di Kuala Pilah. Memang penat! Sesekali fikiranku yg kusut ini hilang seketika pabila aku sibuk dgn kerja2 di kampus. Sekurang2nya aku tdk terlalu memikirkan hal itu. Tetapi bila datangnya malam, tanpa ku minta, ada titisan mengalir di pipiku ini. Ya Allah, mudah benar rasanya ku menangis! Sudah banyak kali ku lakukan istikharah tapi masih lg samar2 dgn pilihanku. Dan begitu jg semalam. Aku tdk pernah putus utk meminta padaNya, memohon agar ada sinar cahaya menantiku nanti. Tapi ku jg insan biasa yg lemah..aku tidak mampu utk menanggung ujian ini sendirian. Terlalu berat ku rasakan utk membuat pilihan antara dua. Sampai ke subuh, kelopak mataku kian berat utk ku buka. Dan tanpa sedar, aku terlena.

Tepat jam 9pagi tadi, aku tersedar. Ku pandang kosong ke skrin laptopku, perlahan2 jemariku menyentuh mouse, menggerakkan cursor ke YM. Ku lihat satu persatu contact list, namun hampa. Terus ku rebahkan diri ke tempat pembaringanku. Mataku masih terasa berat, dan aku memejamkan mataku sekali lagi, terlena. Pada jam 11 lebih, aku terbangun, terasa sakit kepalaku..mumkin tak cukup tidur. Tapi entah kenapa, aku tak terasa nak tidur lagi. Ahh…air mata ini, menitis lagi! Aku sudah penat, penat utk menitiskan lagi air mataku ini. Aku berfikir panjang, otakku ligat mencari jawapan dan ku terbayang wajah mamaku. Air mataku semakin laju, aku menahan sebak…tidak mahu kakak sebelahku mendengar tangisanku. Tanpa lengah, ku capai henset pink kesayanganku dan mencari nama mama. Tanpa ragu2, aku mendail no mamaku.

Suara mama ku dengar di hujung talian, sebakku semakin menjadi2. Mama terkejut mendengar suaraku yg agak lemah pd pendengarannya. Ya Allah..lemahnya aku tika itu. Aku hanya bercakap sepatah dua, dan suaraku mula tenggelam, tak sanggup lagi aku nak luahkan. Kakak di sebelahku hairan melihat tingkahku, tanpa berfikir panjang ku alihkan hensetku ke tangan Kak Zaf. Mamaku masih hairan dan terkejut! Kak Zaf menerangkan serba sedikit tentang keadaanku tika ini. Kak Zaf memang sudah tahu segala2nya tentang hal itu. Aku hanya membatukan diri, air mata tidak henti mengalir. Sekejap shja, Kak Zaf menghulurkan henset padaku. Aku mengesat air mataku, bersedia utk berbicara dgn mamaku. Setiap patah bicara mama, ku dengar penuh hati2. Alhamdulillah, ketenangan dan kekuatan yg ku cari ada pada mamaku. Panjang lebar nasihat mama padaku, dan kini aku sudah ada sedikit keyakinan utk membuat pilihan itu. Hanya aku yg bisa membuat pilihan itu, bkn pd mama atau abah, atau abangku. Tapi apa yg ku tahu, semuanya ku serahkan pd Dia…hanya Dia yg mengetahui segala2nya. Aku redha dan ikhlas utk terima semua ini. Bantulah hambaMu ini ya Allah…permudahkanlah jalanku ini utk mengapai redhaMu…

Sabda Rasulullah s.a.w. :

 “Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…”

WaLLahu a’Lam..