Jom Hijrah dengan Amalan Sunat.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala pujian hanya buatMu yang Maha Pemberi ilham, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat serta sahabat baginda.

Salam bahagia buat semua pembaca blog yg Mz kasihi. Alhamdulillah dgn izinnya Mz dpt kembali berpena dan dgn serendah-rendah hati Mz ucapkan jutaan terima kasih buat pembaca blog dan e-Novel Mz..syukran jiddan!

Segala puji bagi Allah yg menghidupkan dan mematikan hambaNya. Salam Muharram 1432H atau ada juga yg ucap Salam Maal Hijrah 1432H. Apa pun ucapannya ianya hanya maksud yg sama. Rasanya masih tidak terlambat utk Mz mengucapkan tahun baru 1432H kpd pembaca..pada kali ini Mz akn berkongsi dgn pembaca tentang bulan Muharram dan fadhilat berpuasa pada hari ‘Asyura iaitu pada 10 Muharram. Moga sama2 kita ambil manfaat supaya hijrah kita tidak sia-sia…insyaAllah

Dari Hassan Albasri rahimahumullah : “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Muharram ( محرم ) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijriah. Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa ang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”. [Al-Baqarah : 91]

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (شهرالله).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Hukum Puasa ‘Asyura

Dari Aisyah radiyallahu r.a ,

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَعَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَأَفْطَرَ

“Dahulu Rasulullah SAW memerintahkan untuk berpuasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. [HR Al Bukhari No 1897]

Sebahagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib akan tetapi hadith ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahawa hukumnya adalah mustahab.

Waktu Pelaksanaan Puasa ‘Asyura

Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama kontemporeri seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah SAW semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan kurang lebih setahun sebelum wafatnya, baginda bersabda,

لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ

“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”

Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah SAW , “Aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”, kemungkinan baginda ingin memindahkan puasa tanggal 10 ke tanggal 9 Muharram dan baginda ingin menggabungkan keduanya dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura. Tapi ketika Rasulullah SAW  ternyata wafat sebelum itu maka yang paling selamat adalah puasa pada kedua hari tersebut sekaligus, tanggal 9 dan 10 Muharram..

Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11.

Kelebihan ‘Asyura

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari ‘Asyura dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari ‘Asyura,

menjadikan Adam juga Hawa pada hari ‘Asyura;

menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari ‘Asyura;

Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari ‘Asyura;

menenggelamkan Fir’aun pada hari ‘Asyura;

menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari ‘Asyura;

Allah memberi taubat kepada Adam pada hari ‘Asyura;

diampunkan dosa Nabi Daud pada hari ‘Asyura;

juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari ‘Asyura; dan

akan terjadi hari kiamat pada hari ‘Asyura.

Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?” Sabdanya :

1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11. Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram

12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram

13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram

14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari  40 malam pada 10 Muharram

15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram

16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.

19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Allah menjadikan ‘Arasy.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; “Hari ‘Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari bahteranya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari ‘Asyura”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; “Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.”

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; “Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari ‘Asyura; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW.; “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”. maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.”

Abul Laits berkata; Dinamakan ‘Asyura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari ‘Asyura kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari ‘Asyura dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir’aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari ‘Asyura. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari ‘Asyura kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah pada umat ini.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. [Sahih Muslim]

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; “Barangsiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” [Riwayat Albazzar]

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” [Riwayat Al Baihaqi]

Wallahu a’lam…semoga paparan kali ini memberi manfaat buat kita semua. Moga amalan kita pada tahun baru ini lebih baik dari tahun2 yg lepas..insyaAllah. Selamat beribadah..taqarrubkan diri kita kpdNya..moga amalan kita diterima olehNya..Aminn..

p/S : Alhamdulillah..minggu hadapan Mz akan ke Terengganu, lapor diri sbg Guru Agama di Pusat Tahfiz Gemilang. Doakan Mz..semoga setiap penulisan, gerak kerja, amalan dan perbuatan Mz diberkati dan dirahmati..Aminn..

Advertisements

2 thoughts on “Jom Hijrah dengan Amalan Sunat.. ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s