Tokoh

Posted on Monday, July 20, 2009 by Miss Zinnirah

~Zinnirah – Matanya Buta, Hatinya celik~

srikandi

Bismillahirrahmanirrahim…

Sama2 kita hayati kisah perjuangan muslimah sejati..srikandi islam. Pengorbanannya cukup mengajar Mz utk terus melangkahkan kaki dlm mempertahankan aqidah Islam dan melebarkan sayap dakwah…semoga kita dpt mencontohi beliau..insyaAllah 🙂

 Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Musliman dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

 Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir, juga menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah . Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

 Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahaya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu dan sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat.

Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam. Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T. Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

Dengan rendah hati, Zinnirah berdoa dan mengadu padaNya..”Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dihadapi.

Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah memeprtahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku. Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

p/S: Menitis air mata Mz tika membaca kisah beliau…walaupun berpuluh kali Mz  baca, tapi hati Mz tetap jg tersentuh dgn apa yg telah dilaluinya. Moga Mz dpt menjadi setabah dan sekuat beliau …doakan..

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————— 

 Posted on Saturday, April 19, 2008 by Zinnirah Makiko

 

~Srikandi Arwa Berdakwah Melalui Syair~

 bukan perempuan biasa

BismilLahirrahmanirrahim…

Segala puji bg Allah yg mnciptakn seluruh alam.. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Assalamualaikum wbt..

Setelah sekian lama menghilangkan diri akhirnya aku kembali utk melakarkn sedikit ‘cenderahati’ buat sahabat2 sekalian.. Eceli bkn sengaja utk menghilangkn diri tetapi ade beberapa prkara yg perlu aku uruskn. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan olehNya. Sepanjang cuti semester yg lepas telah byk perkara yg berlaku dan ianya menjdi kenangan manis, pahit, suka dan duka bagiku dan jua seluruh kluargaku. Arghh..klu aku dberi pluang yg kesekian kalinya, pastinya aknku pilih utk berada disamping keluargaku…alangkah indah hidup ini…

Ok la..aku xnak membebel byk2 kt cni sbb rsnye xperlu aku bercerita panjang ttg diri yg serba kekurangan ini. Kali ni aku nk bercerita ttg seorang srikandi..mumkin kalian jarang mndengar kisah beliau. Mula2 aku baca kisahnya, aku sudah tertarik. Alangkah bagusnya kalau aku boleh menyambung perjuangan beliau…Serikandi yg aku maksudkn adalah Arwa binti Abdul Mutalib, beliau adalah salah seorang ibu saudara Rasulullah SAW. Arwa merupakan seorg drpd puteri Abdul Mutalib bin Hashim, nenda Rasulullah SAW.  5 lagi puteri Abdul Mutalib adalah Ummu Hakim (Baidhaa’), Atikah, Barrah, Umaimah dan Shafiyah. Namun, dikalangan mereka hanya Arwa dan Shafiyah shja yg memeluk Islam. Manakala saudara2 lelakinya trdiri drpd 10 org iaitu, Al-Harits, Az-Zubair, Abu Thalib, Abdullah, Hamzah, Abu Lahab, Al-Ghaidaq, Al-Muqawwim, Shaffar dan Al-Abbas.

Arwa pernah mengahwini 2 org lelaki di mana ketika zaman jahiliyah, Arwa telah mengahwini Umair bin Wahab bin Abdul Manaf dan dikurniakan seorg cahaya mata bernama Khulaib atau kdg kalanya disebut Tulaib. Slps kematian Umair, Arwa dikahwini pula oleh Arta’ah bin Syurahbil bin Hashim. Mereka dikurniakan seorg puteri bernama Fatimah. Arwa adalah antara org pertama yg memeluk Islam dan trmasuk kumpulan yg berhijrah ke Madinah. Puteranya Khulaib merupakan seorg sahabat brketurunan Quraisy yg setia. Puteranya pernah mengikuti Rombongan hijrah ke Habsyah. Ketika dlm peperangan Badar, Khulaib adalah org pertama yg melukakan org musyrik krn mempertahankan Nabi SAW. Banyak peperangan yg disertainya dan gugur dlm peperangan Ajnadain pd tahun 13 Hijrah…SubhanaLlah…

Pengislaman Khulaib

Suatu hari Khulaib telah menyatakn pengislamannya kpd ibunya, Arwa. Dia memeluk Islam di kediaman Abu Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhzumi. Dia berkata kpd ibunya, ” Ibu, saya mengikut Muhammad dan saya memeluk Islam”

Arwa dgn tenang lalu mnjawab, “Sesungguhnya org yg berhak kau bantu dan sokong adalah sepupumu, Muhammad. Demi Allah, jika aku berkuasa sprti lelaki, aku telah mengikutinya dan mempertahankn dirinya.”

“Jadi apa yg menghalang ibu utk menerima Islam? Bukankah ibu boleh mengikut Muhammad sprt saudara ibu, Hamzah?” soal Khulaib.

“Biar aku lihat dahulu apa yg dilakukan oleh saudara2 perempuanku. Kemudian aku boleh mnjadi sprti mereka juga,” balas Arwa.

“Saya pohon atas nama Allah, wahai ibu, supaya ibu datang kpd Muhammad. Memberi salam kpdanya, kemudian mempercayai dan menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah, ” kata Khulaib.

Utk pengetahuan sahabat2 sekalian…dikisahkan bahawa Arwa sndiri mendidik anaknya itu agar menjadi lelaki berani dan sentiasa berjuang brsama Rasulullah SAW.

Pembela Agama Islam & Rasulullah SAW.

Setelah berhijrah akidah, Arwa menjadi seorang muslimah yg amat patuh. Dia dan Khulaib sentiasa mmpertahankan anak saudaranya drpd tentangan kaum musyrikin. Dalam satu riwayat ada dikisahkan ttg Abu Jahal dan rakan2nya yg mengganggu Rasulullah SAW. Tanpa berfikir panjang, Khulaib bertindak mempertahankan sepupunya lalu memukul Abu Jahal sehingga kepala lelaki kafir itu luka. Orang ramai kemudian pergi kpd Arwa dgn membawa brsama Khulaib yg diikat tangannya utk mengadu ttg kelakuan anaknya.

“Sebaik2 hari Khulaib adalah pda hari dia menolak bahaya yg menimpa sepupunya. Bukankah dia mmbawa kebenaran di sisi Allah?” Arwa sengaja bertanya sinis.

“Kalau begitu, kamu juga sudah mengikut Muhammad?” Tanya mereka dgn marah.

“Ya!!” balas Khulaib dgn tegas. Kumpulan itu pun menyampaikn kata2 Arwa kpd Abu Lahab. Abu Lahab pun berdepan dgn Arwa utk meluahkan ketidakpuasan hatinya. Lalu Arwa menggunakan peluang itu utk berdakwah kpd Abu Lahab. Kata Arwa, Abu Lahab sepatutnya sama2 berjuang dgn Muhammad yg merupakan anak saudara mreka, bukannya menjadikan Muhammad sbg musuh.

“Kita ada seluruh kaum Arab di belakang kita. Dia hanya ada satu agama baru.” Abu Lahab pun beredar meninggalkan kediaman Arwa apabila dia berasa sudah kalah.

Penyair Wanita Hebat

Orang2 yg mengenali Arwa tidak akan mudah melupakan kehebatannya bersyair. Arwa amat dikenali dgn reputasi sbgai penyair hebat dan bijak menghasilkan syair2 bermutu. Ada riwayat menyatakan ketika Abdul Mutalib sakit, dia telah meminta setiap puterinya berkumpul dan menciptakan bait ayat yg baik2 utknya. Setiap seorang pun membacakan syair masing2. Ternyata syair ciptaan Arwa antara yg paling meneyntuh hatinya.

Arwa juga ada menciptakan sebuah puisi sempena memperingati kewafatan baginda Rasulullah SAW. Antaranya bait puisi itu berbunyi, “Wahai Rasulullah, engkaulah harapan kami. Engau sentiasa lembut tidak pernah mengasari. Sebenarnya dalam hatiku ada kenangan buatmu. Aku tidak akan kecewa lagi sesudah mengenalimu.”

Tidak lama selepas kewafatan baginda pada tahun 15 Hijrah, Arwa menyusul jejak anak saudara tercinta. Pemergiannya diingati bukan sahaja sebagai penyair tersohor tetapi juga semangat dakwahnya yg benar2 ikhlas. Arwa seorang muslimah yg amat aktif dlm kerja2 sukarela dgn mengajarkan Islam kpd mereka yg baru memeluk Islam. Al-Shifa’ al-Qurashiyyah, seorang lagi serikandi yg turut dikenali sbgai muslimah yg amat gemar berdakwah bersama-sama Arwa.

waLLahu a’Lam….

P/S : Semoga kisah serikandi Arwa menjadi teladan yg berguna utk kita khususnya muslimah2 yg benar2 ingin memperjuangkan agama Allah ini..Moga kita dapat menyambung kembali perjuangan beliau demi mempertahankan Islam tercinta…insyaAllah..

 

Advertisements

2 thoughts on “Tokoh

  1. waah…miss dh masukkn entri2 dr blog makiko kt sni. bagusx99… heee

    miss sehat? miss tak update lagi? hermm..sy doakan miss dpt harungi dugaan dgn kuat dan tabah. boleh la masukkan lagi serikandi2 islam…harap miss masih ada idea dan kekuatan utk menulis…may Allah bless u miss!

  2. salam…wah2..kak fa bagus..kak fa de cite ttg tokoh2 islam…kdg2 kite prnh terdgr tp kdg2 terlupa ttg pergorbnan beliau…mmg sesuai jiwa dgn sy…sy ingt nk mengkaji pelbagai tokoh islam diserata dunia,blh tmbh ilmu(mgkn mengambil ms y agak pjng)insYallah kul diizinkn oleh Allah S.W.T…sbb ari ahad y lepas, sy mengikuti prog ke talk nisa..mmg best..mmg mantap..mmg seronok..ust uda de sebut ttg mengembara…wah2 ust uda de mcm2 penglmn n fikirah mmg luas…ust pon de cite psl tokoh2 islam..tu lg seronok sbnrnye…hehe..tp..pehal taniah kak fa sbb menghidupkan kmbali n mengingati kembali perjuagan tokoh2 islam…k.ini sje coretan sy kali nie…k,assalamulaikum..dr adikmu,nor azimah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s