My absolutely student =)

Assalamualaikum wbt..

Wah sgt lama rasanya xupdate blog ni. Rsanya last update is on Ramadhan. Haru sungguh tengok blog Mz ni hee. However i miss my blog too much. Ermm disebabkn esok cuti, so Mz rasa mcm nak tulis something bout my student. Owh ye, utk pengetahuan.. Mz bkn lg guru sekolah taw! Tp dah brtukar kerja ke bahagian management plak sambil2 tu mngaja kelas malam. So excited sbnrnya mngaja kelas tusyen malam ni. But one thing got me feel sooo tired and sooo mad is bout my student. She’s da one of my arithmetic clas. Masa mula2 Mz mngaja, dia sgt excellent n bley dikatakan she’s da best in my clas & utk pengetahuan semua jgk, she’s got A+ for dis subject on my test. How’s amazing! 

But…ada satu perkara yg Mz rasakan pd budak ni. Tadi bila Mz bagi buku baru utk level 2, dia xdpt nk catch up sbbnya dia xingat formula yg lepas. I dun know why bcoz she’s one of my feveret student, so i feel so down. Bila dia da mcm malas nak buat even she’s know what to do, Smpai Mz terkeluar prkataan “I’m bubbling u oke, so please stop it”- dgn nada yg sgt marah dan geram. Itu je yg Mz ingt, prktaan lain tu dah lupa sbb ntah pape la yg Mz bebelkn kt student Mz td. Huh! tersangat la haru rasanya Mz mlm ni. Dis is my first ‘haru-biru’ day bcoz of her since i’m teach here.

Dlm fikiran Mz ni ade dua kmungkinan, either she’s soo tired bcoz she’s alwayz be forced by her mother or she did not understand what i’m explained to her. Kalau korg duk kt tempat Mz agaknya apa yg korg buat ye?  Ermm so da solution is…i have to give her more revision clas.  Indeed i have to do 50-100 question bout da past chapter to do as a test for her. Ermm bley la kot..

Pada Mz, kepintaran kanak2 ni pelbagai. Mungkin satu sudut dorg bijak dgn hanya teori shj iaitu melalui pembacaan, ade jgk yg bijak dgn praktikal iaitu melalui aplikasi dan ade jgk dgn cara kedua2nya skali. But i’m still confuse, what categorize is she??

Apa pun keadaannya, Mz tetap bersyukur sebab sekurg2nya dia xkurang ajar dgn Mz malah slalu ucap ‘thank u’ setiap kali kelas tamat. Moga Allah sentiasa mmberikannya kemudahan dlm mempelajari setiap ilmu dariNya. Teringat plak pd satu hadis nabi yg budak 5tahun belajar di PASTI. 

“Ilmu itu wajib dituntut oleh setiap muslim lelaki dan perempuan.”

May Allah bless u dear..My absolutely student =) soo adorable..

Alhamdulillah..segalanya keranaMu

بسم الله الرحمن الرحيم

االسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala pujian hanya buatMu yang Maha Pemberi ilham, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat serta sahabat baginda.

Subhanallah..Maha Suci Allah yg telah mengurniakan nikmat buat kita hambaNya, maka seharusnya kita bersyukur dgn setiap kurniaanNya.  Allah telah berfirman yg bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [An-Nahl : 18]

“Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” [Luqman : 12]

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” [Ibrahim : 7]

Alhamdulillah..terima ksh Mz ucapkan kpd pembaca blog Mz krn setia dan meneruskan pembacaan kalian. Ucapan Syukur yang tak terhingga Mz lafazkan krn Dia telah mengilhamkan satu anugerah yg tidak ternilai Mz rasakan. Inilah rupa2nya hikmah yg mungkin Mz tidak sedar sebelum ini dan satu hikmah yg tidak disangka-sangkakan. Akhirnya dgn keyakinan dan semangat yg mendalam, dpt juga Mz menghasilkan satu lagi blog tetapi ianya amat berlainan dgn blog Mz yg satu ini. Blog kedua Mz iaitu Fatihah Zinnirah adalah blog e-novel yg selama ini Mz idam2kan. Alhamdulillah akhirnya Mz berjaya mencipta blog e-novel Mz sendiri. Banyak halangan dan cabaran yg Mz terpaksa tempuhi sblm menghasilkan blog e-novel ini. Mz terpaksa mengedit semula dua buah novel ciptaan Mz krn sudah bertahun lamanya dibiarkan begitu shj. Hasilnya tidak mengecewakan Mz malah Mz merasa puas dgn kehadiran blog e-novel yg baru ini. Kini hidup Mz lebih ceria apatah lagi dlm proses mengedit novel BBL dan BSM banyak yg Mz pelajari untuk mempertingkatkan lagi mutu penulisan Mz. Walau pun Mz kira penulisan Mz agak sederhana berbanding penulis2 yg sudah gah namanya di mana2 syarikat penerbitan.

Terima kasih Mz ucapkan buat keluarga terutamanya mama yg sentiasa memberi sokongan dan dorongan  buat puterimu ini. Juga jutaan terima kasih yg tak terhingga buat allahyarham ayahanda Mz krn byk memberi nasihat dan dorongan buat puterinya ini semasa hayat beliau. Terima kasih juga buat sahabat2 dan pembaca blog Mz yg senantiasa memberikan sokongan baik dari segi idea dan cadangan juga komen dan kritikan yg membina buat Mz. Tak lupa juga buat insan yg berada di kejauhan yg sentiasa memberikan kata-kata semangat buat Mz, walaupun beliau terlalu sibuk namun masih juga sempat mengintai-intai blog Mz yg tidaklah seberapa ini. Syukran kathiraa buat semua! 🙂

Sebelum terlupa, terima kasih sepenuh penghargaan Mz ucapkan buat adinda Fairuz Liyana Azman, junior Mz sewaktu pengajian dahulu krn mempromosikan blog e-novel Mz di blog beliau. Thanks a alot of precious my dear Fairuz! 😉 Rindu sangat nak jumpa beliau, sudah 2tahun rasanya tidak bersua. Moga ada rezeki dan waktu yang lapang utk berjumpa dengan beliau..insyaAllah.

Terima kasih sepenuh penghargaan juga Mz titipkan buat kak Diya Nordin krn banyak yg Mz pelajari dari beliau, bagaimana utk menulis dengan lebih baik malah blog beliau selalu menjadi intaian Mz sebagai rujukan utk penulisan novel Mz. Thanks a lot of precious kak Diya! 😉

Sebenarnya banyak lagi laman sesawang  yg menjadi bahan rujukan Mz seperti rnysapenulisan2u, dan banyak lagi. Karya Habiburrahman juga Mz jadikan sbg bahan rujukan, mungkin secara holistiknya krn Mz sukakan novel pembangun jiwa dan punyai ciri2 islamik.  Bukan sesuatu yg mudah utk mentelaah benda alah ni sume, kna banyakkan membaca dan rajin surf internet. Lagi satu kena banyak habiskan duit beli buku2 dan novel2 terpilih. Ermm…kadang2 malas juga asyik nak ngadap laptop, sakit mata!  Tetapi krn kasih Mz dlm bidang penulisan, Mz turutkan shj..hehee 😀

Mz tidak mengharapkan kedua2 novel Mz ini diterbitkan tetapi jika punya rezeki insyaAllah. Semoga setiap pekerjaan, pemikiran dan penulisan Mz diredhai olehNya dan sentiasa diberi ilham yg berguna utk Mz meneruskan langkah Mz dlm bidang ini…amin Ya Rabb! Doakan yg terbaik buat Mz dan nantikan episod2 yang seterusnya utk tajuk novel Bukan Bayangan Lagi. InsyaAllah  Mz akan publish seminggu satu episod sekiranya tidak ada aral yg melintang 🙂

Thanks for  all of u..may Allah always bless all of  u! Aminnn…

waLLahu a’Lam…

اغفر ذنوبي يا رب

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam indah dan tercantik Mz tujukan khas buat mama..salam sayang buat keluarga nun jauh di pantai timur. Semoga Allah merahmati mama, abah, abg dan adik2 di sana. Rindu itu datang lagi! Rindu kpd keluarga dan terkenangkan kg halaman yg rasanya sudah lama Mz tidak jejaki. Tika ini hati dan jiwa Mz diamuk rindu yg xterhingga kpd mereka. Kadang2 Mz jadi pilu mengenangkan nasib hidup di perantauan sebegini. Apatah lagi seorang adik Mz kini berada jauh di perlembahan Nil sana. Teramat rindu utk berjumpa dgnnya. Semoga dikau sentiasa tabah di sana sayang!!

Sempena hari ibu, mama, ummi, emak yg akn datang, Mz ingin mengucapkan setulus penghargaan sayang dan cinta buat insan yg xpernah jemu memberikan dorongan dan semangat buat Mz hingga kini. Mama..terima kasih di atas segala-galanya yg telah dikau berikan pada anakmu ini, moga Allah merahmati perjalanan hidupmu dan semoga dikau tabah mengharungi apa yg ada di hadapanmu. Ya Allah…titipkan kebahagiaan buat bondaku tercinta, semoga dirinya sentiasa tabah menghadapi ujianMu..ameenn ya Rabb

******************************************************

5.05 a.m

Ketika jemari Mz menari di atas keyboard ‘ummu faqihah’ ini..hati Mz sedang gelisah, ntah mengapa! Syaitan yg senantiasa gembira utk menghasut fikiran dan jiwa Mz kini  telah separuh berjaya menjalankan tugasnya yg keji itu! Namun sedikit kekuatan yg ada, Mz cuba utk tdk termakan dgn hasutan dan godaan mahkluk Allah yg pling jahat itu. Ya Allah..lindungilah aku!

Di dlm kekalutan fikiran ini, pelbagai persoalan yg timbul di benak dan jiwa Mz kini. Sejak kebelakangan ini pelbagai mimpi datang pd Mz dan semestinya Mz tdk mahu utk mentafsirkannya, hanya menganggapnya sbg mainan tidur. Terfikir dlm kotak minda Mz ‘mungkin juga disebabkan kesakitan yg Mz alami dlm sebulan dua ini yg menyebabkan mimpi2 itu dtg’..menyebabkan Mz seringkali meracau dan mngigau yg ntah apa2!..

Pada ketika ini juga hati Mz semakin sensitif dan mudah terusik. Mudah benar merajuk…klu merajuk dgn org besar xpe juga tapi ini lain jadinya. Selalu juga Mz merajuk dgn anak2 murid Mz yg masih kecil! Kadang2 bila difikirkan tak logik utk Mz merajuk dgn mereka apatah lagi mereka tdk memahami langsung apa yg Mz lalui. Adilkah mereka diperlakukan sebegitu?? Mz marah dgn diri Mz sendiri…apa yg dah berlaku sebenarnya..? Mz masih lagi mencari jawapan yg pasti!

Mz memohon maaf kpd sesiapa yg dirasakan pernah tersa hati dgn Mz, mungkin Mz tidak sedar sudah  menyakiti kalian..mohon maaf atas segalanya..

يا الله, اغفر ذنوبي

Ya Allah…ampuni segala dosa2ku..

ثم يتوب الله من بعد ذلك على من يشاء, و الله غفور الرحيم

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (التوبة: 27)

شكور

بسم الله الرحمن الرحيم….

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته….

Salam bahagia buat semua pembaca blog yg Mz kasihi. Alhamdulillah dgn izinnya Mz dpt kembali berpena utk mengisi kesunyian dan kesepian blog Mz selama beberapa bulan yg lalu. Tak terluah rasanya kata rindu utk menulis kalam2 indah dariNya. Terima kasih yg xterhingga buat sahabat2 pembaca blog  yg sentiasa berhubung dgn Mz melalui emel dan message. Dorongan kalian amat Mz hargai. Kesibukan sejak Mz bergelar pendidik dan sekaligus sebagai pelajar sering menjadikan Mz ketiadaan masa utk berblog apatah lagi meneruskan penulisan novel  yg sudah sekian lama terbantut. Alhamdulillah dgn izin Allah, cuti sekolah pada minggu lepas Mz pulang ke kampung dan telah memberikan sedikit ruang utk Mz menulis kembali. Dgn masa yg terluang Mz dpt menyambung penulisan novel , menambahkan ilmu dgn pembacaan buku2 ilmiah dan juga menghabiskan bacaan novel yg baru Mz beli pada bulan lalu. Ruang dan masa yg selebihnya Mz merehatkan diri dan menenangkan fikiran Mz yg agak penat dan kusut sejak kebelakangan ini. Semoga Allah sentiasa melindungi diri Mz..ameenn

Pada hari jumaat yg lalu, 3 Rabi’ul akhir 1431H telah berlangsungnya majlis kesyukuran dan Maulid Nabi yg ke2 di kediaman Mz. Pada hari yg sama juga berlangsungnya majlis aqad nikah sahabat Mz di pasir mas. Mohon maaf yg xterhingga buat beliau dan isteri krn Mz xdpt hadir ke majlis aqadnya. Majlis kesyukuran yg mama Mz adakan krn adik Mz, Nik Mohd Fadhil mendapat keputusan yg baik dlm SPM. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik. Dimulakan dgn selawat dan bacaan doa dari imam kemudian menjamu selera dan selepas itu disusuli dgn bacaan raawi dan nyanyian Qasidah dari pak cik dan mak cik Mz. Seronok sangat2…krn qasidah salah satu medium halwa telinga Mz sejak dari bangku sekolah lagi. Sempena majlis kesyukuran ini juga, Mz memanjatkan ksyukuran yg xterhingga kpdNya krn telah memberikan pelbagai nikmat kpd kami sekeluarga. Abah juga sudah nampak semakin baik walaupun penyakit abah belum sembuh sepenuhnya. Mz juga sudah pun menjalani kursus perubatan yg selama ini Mz impikan. Kini Mz bercuti selama 3bulan krn Dr. Tina sedang membuat kajian di Australia bersama beberapa org rakan beliau. Itulah antara anugerah yg Mz kira terlalu indah utk Mz ungkapkan. Terima kasih ya Allah..

فخذ ما ءاتيتك وكن من الشكرين

Oleh itu, terimalah kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yg bersyukur ”

(Surah Al-A’raf:144)

Dlm keadaan Mz yg kurang baik ini, Mz memikirkan banyak perkara. Tetapi Mz kira ianya tidaklah serumit yg Mz fikirkan..insyaAllah akan ada jalan utk memparbaikinya. Kalau semuanya nak dilakukan pada yg sama, takut nanti xtercapai apa yg Mz impikan. So kena selesaikan satu persatu. Moga setiap hari yg Mz lalui akan diselangi dgn kesabaran dan kekuatan hati yg tabah… انشاءالله 🙂

p/S: Selamat Hari Lahir yg ke-24 tahun buat Abe Long tercinta, Nik Mohd Firdaus..moga dirimu sentiasa dibawah rahmatNya..ameenn..