Hanashi Kimo

Posted on Thursday, January 03, 2008 by Zinnirah Makiko

~Hanashi Kimo I…~

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW..kaum kerabat baginda serta sahabat2..

Alhamdulillah..masih diberi peluang olehNya utk melihat kebesaran Allah SWT. Mataku masih bisa melihat betapa indahnya ciptaan Allah, betapa besarnya nikmat yg telah dikurniakan pd hamba-hambaNya. Dan aku masih di sini utk meneruskan perjuanganku yg masih belum selesai..Walaupun banyak halangan yg terpaksa aku tempuhi namun aku msih diberi kekuatan utk meneruskan pengajianku di sini. Berkat doa dan kesabaranku, serta doa kedua ibu bapaku yg tercinta..begitu besar nikmatMu pd hamba ya Allah. Mumkin itulah yg dikatakn janji-janji Allah pada orang yg sabar..

Tanpa aku sedari, tahun 2007 sudah pun menutup tirainya dan tahun 2008 membuka lembarannya. Dan dlm masa beberapa hari lg akan tiba Maal Hijrah, tahun baru Islam. Dan pd tahun baru 2008 ini juga bermulanya semester yg baru. Semester yg mumkin menakutkan bagiku..tapi insyaAllah akan aku tempuhi dgn sabar, usaha dan tawakkal padaNya. Tahun 2007 juga banyak meninggalkan kenangan yg mengusik jiwa..Tak mumkin dapat aku hapuskan dari ingatanku ini. Segala-galanya masih terpahat indah dalam hati dan sanubariku. Hanya Dia yg mampu mengubah segala-galanya…

Asykuruka ya Rabbi..ungkapan yg tak pernah aku lupakan pd setiap kali menyembahMu ya Allah. Dan tak lupa juga memohon maghfirahMu agar diampunkan segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, adik beradikku dan juga dosa-dosa seluruh umat Islam di muka bumi ini. Aku sering memohon pdMu ya Allah..agar dikuatkan hati ini agar sabar, redha, taat akn perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Mampukah diri ini ya Allah..

Teringat pula pada seorang sahabat. Selalu nasihatkanku kepada kebaikan..alhamdulillah kerana dikurniakan sahabat sepertinya. Teringat juga kata-kata sahabatku beberapa minggu yg lalu..tentang firman Allah dlm surah al-Zalzalah ayat 1-8..yg bermaksud :

1. Apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. Serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?”
4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Ya Allah..betapa dahsyatnya pada hari yg telah Kau janjikan itu. Tatkala mendengar bacaan surah al-Zalzalah, aku terasa gerun, seram…menakutkan. Aku dengarkan pula nasyid Menanti di Barzakh..bertambah gerun hamba ya Allah. Sungguh menakutkan..tidak dapat aku bayangkan bagaimana penghidupanku selepas kematian nanti. Dan bilakah kematian yg pasti itu akan datang pdaku..aku semakin takut ya Allah. Hanya amalan yg akan menentukan syurga atau nerakakah aku. Ya Allah..ampunkan hamba. Jauhkanlah hamba dari seksaan api nerakaMu dan tempatkanlah hamba di syurgaMu. Sesungguhnya aku tak layak ke syurgaMu namun tidak pula aku sanggup ke nerakaMu..

Bukankah Allah telah berfirman, dlm surah al-Imran, ayat ke 173-174…mafhumNya…

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yg besar dari Allah, mereka tidak ditimpa bencana dan mereka mengikuti keredaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar. “

Itulah ayat suci yg selalu kupegang sebagai pembakar semangat utk diri yg serba kekurangan ini. Aku yakin dgn pertolongan Allah swt..sebagai hambaNya yg lemah dan kerdil ini, aku sentiasa sedar betapa besar kurniaanNya pd setiap hambaNya. Aku juga manusia biasa yg sering melakukan dosa dalam sedar atau tidak..dgn sengaja atau pun tidak. Tapi Allah itu maha Pengampun lagi maha Mengasihani pd hambaNya yg ingin bertaubat dan kembali pd jalanNya. Betapa besar nikmat yg dikurniakn olehNya..Subhanallah…

Hidup di dunia ini hanyalah sementara..mungkin hari ini atau esok atau lusa atau bila-bila masa sahaja, nyawa kita akan diambil olehNya. Semua nikmat kurniaanNya hanyalah pinjaman semata-mata..tapi adakah selama ini aku sedar bahawa hidup ini juga hanyalah pinjaman semata-mata…?? Astaghfirullahal a’zim..

Ya Allah, betapa aku lalai dan alpa pdMu..Kau lindungilah hamba ini dari setiap kelalain dan kealpaan..dari segala keburukan dan kejahatan..hanya pdMu aku berserah ya Allah..ampunilah daku dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yg selalu bersyukur atas nikmat kurniaanMu…berkatilah hidupku dengan rahmat dan kasih sayangMu..berikan aku kekuatan dalam menegakkan agamaMu yg benar ini..ameenn..ameen..ya Rabbal A’lamin..

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Posted on Monday, January 28, 2008 by Zinnirah Makiko

~Hanashi Kimo II.. ~

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat…insyaAllah..

Alhamdulillah..setelah 2 hari diberi ujian pdku, kini aku dapat kembali semula utk terus melakar coretan cerita hatiku. Beberapa hari yg lepas aku terbaring lesu akibat demam panas, tapi alhamdulillah dgn izinNya aku sudah pulih seperti sedia kala. Betapa hebat ujianMu ya Allah..baru aku tahu betapa sayangnya Engkau pd hamba2Mu..Kau tidak pernah lupa pd hambaMu namun hambaMu ini yg sering lupa akan kewujudan dan keEsaanMu. Mumkin ini sebagai kifarah dosa drpdaMu ya Allah….Astaghfirullahal a’zim..

Banyak sebenarnya yg ingin aku ceritakan tapi masa yg ada tidak mengizinkan aku utk  bercerita panjang. Cukuplah sekadar berkongsi sedikit dan secebis pengalaman dgn sahabat2 sekalian. Bak kata Hassan al-Banna, ‘tanggungjawab yg ada lebih banyak dari masa yg ada’. Apa2 pun aku ucapkan terima kasih pada korang, ahli MYGT (yg mana terlibat) yg sudi menjayakan Seminar Perkongsian Pengalaman Relawan GPTD pada minggu yg lalu. Mumkin ada sedikit kesilapan tapi itulah yg dinamakan ‘practice make perfect’. Aku bangga denga korang. Walau pun tanpa sedar kita melalui banyak halangan malah pelbagai kritikan tapi korang masih setia…syabas aku ucapkan. Inilah yg dikatakan gerak kerja yg selaras dgn kerjasama, co-operation. Mumkin kita masih baru utk dinobatkan sebagai ahli yg sentiasa bergerak pantas tanpa mengira batas dan keperluan. Tapi inilah hakikat yg perlu kita hadapi..sebagai ahli yg baru dalam gerakan GPTD, aku kagum melihat kerjasama yg korang berikan walau pun ada ahli dikalangan kita terpaksa drop disebabkan beberapa faktor yg tidak boleh dielakkan. Orang kata kuantiti yg banyak xsemestinya menghasilkan kerja yg berkualiti. Ternyata statement tu benar dan kita telah pun membuktikan bahawa tanpa berpuluh-puluh kakitangan pun kita mampu utk manjayakan sesuatu majlis atau program walaupun tidak sesempurna yg diharapkan.

Kadang2 kesilapan yg tidak disengajakan itu bukan kemahuan kita, dan ianya diluar jangkaan kita. Namun seringkali apa yg kita harapkan tidak sesempurna yg kita impikan…tak perlu utk kita berputus asa kerana setiap kekurangan itu juga akan memberi pengajaran dan tauladan yg mumkin berguna utk kita pada masa akan datang. Sebagaimana Firman Allah SWT yg brmaksud :

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu, Allah  lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah : 216)

Perlu kita ingat bahawa setiap perkara yg kita inginkan tak semestinya terbaik utk kita. Namun apa yg lebih pnting adalah usaha kita utk mencapai yg terbaik dlm hidup kita. Dan utk mncapai kejayaan itu kita perlukan sedikit pengorbanan…Pengorbanan dr pelbagai sudut dan perspektif. Berkorban apa saja..dri sudut kewangan, tenaga dan sebagainya. Arghh..trlalu panjang utk aku elaborate’kan ttg pengorbanan. Mumkin aku akan ceritakan tentang pengorbanan pada lembaran akan datang..insyaAllah. Tapi apa yg pasti kami MYGT akan teruskan perjuangan kami sbg sukarelawan yg sentiasa berkorban utk merealisasikan impian dan harapan kami utk membangunkan anak bangsa…insyaAllah..

Mumkin ade yg tertanya2 ape sbnrnye GPTD dan  MYGT..insyaAllah akn diceritakan pd next episode..huhu..saje je wat suspen korang sume..
papepun rajin2 la buka laman web ni utk pengetahuan korang sume…

http://gptd.blogspot.com

InsyaAllah pada Hanashi Kimo yg akan dtg, akan diceritakan lebih lanjut apa itu GPTD dan MYGT…~sayonara~

Wallahu a’alam..

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Posted on Thursday, February 21, 2008 by Zinnirah Makiko

~Hanashi Kimo…III~

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, dengan izinNya aku bisa kembali utk melakar hanashi kimo yg ke-3. Walaupun agak lama menyepi disebabkan tugas2 yg senantiasa menantiku, namun bidang penulisan tetap tidak aku lupakan…kerana dgn penulisan, aku dapat meluahkn isi hati dan juga berkongsi ilmu dan pengetahuan kpda semua. Aku bersyukur dgn anugerah dan ilham yg dikurniakan olehNya…Alhamdulillah..

Sebelum aku bercerita dgn lebih lanjut apa itu GPTD dan MYGT, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setulus penghargaan pada Che Din, krn sudi menjadi penulis jemputan kat blog aku ni. Mumkin tanggungjawab beliau lebih besar kalau nak dibandingkan dgn menulis kat blog ni…tetapi itu tidak menjadi penghalang utk beliau berkarya dan menulis krn dgn ilmu yg beliau ada..insyaAllah akan dikongsikan pada kita semua.

Ermm…sebenarnya ilham aku kali ni taklah sebaik mana pun tapi dgn nekad dan keinginan aku utk menulis, insyaAllah akn dilakarkan dgn baik..

Baik…last hanashi kimo, aku ada mention utk menceritakan sedikit sebanyak apa itu GPTD dan MYGT. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) atau dlm version English nya, World Civilization Research Group, asalnya telah diasaskan oleh En. Ahmad Azam Abdul Rahman yg mana beliau merupakan mantan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dipengerusikan oleh En. Jufitri Joha. Misi kami ialah RAHMATAN LIL A’LAMIN (menyampaikan rahmat ke seluruh alam) dan visi kami ke arah melahirkan belia yg berjiwa besar. Kalau korang nak tau, GPTD ni sbenarnya nak train generasi muda cam kita utk jadi volunteers…malah bkn sahaja nak melahirkan sukarelawan yg serba boleh, ttp juga utk melahirkan pengembara muda yang lasak serta kaya dgn ilmu pengetahuan dan mengukuhkan diri dgn amalan kerohanian. Juga melatih golongan2 muda dgn kerja2 khidmat sosial di pringkat international dan mendedahkan sukarelawan kpd isu semasa dan antarabangsa. Antara lainnya juga melatih pemuda pada hari ini utk mempelajari bahasa2 asing spya boleh dijadikan sbagai satu platform utk mengkaji keagungan dan kehebatan serta jatuh bangunnya sesebuah tamadun besar dunia….haaa…mesti korang dah rasa teruja kan??hehe..                            

Utk pengetahuan korang juga, GPTD dah pun melahirkan relawan2 yang telah pun menjelajah ke beberapa buah negara dimana ianya adalah 5 projek utama dalam GPTD iaitu Spain-Latin America, France-Africa, China, Cocos Island and Turkey-Central Asia.

Korang nak tau x…mcmne aku boleh jatuh cinta dgn GPTD? Cite nya mcmni, thn lepas aku ada join satu program ni…Kem Sakti II namanya. Masa tu memang aku xtau pun GPTD tu apa. Tapi bila aku join kem tu, baru aku kenal dan yg paling aku teruja sekali tentang misi dan visi GPTD. Masa tu la aku dan kwn2 yg lain diberi pendedahan dan training awal utk jadi sukarelawan. Memang seronok…rasa nak ulang balik kem hari tu. Alhamdulillah lepas kem tu, aku dan geng aku yg lain follow up tiap2 program yang GPTD anjur. Memang banyak faedah yg aku dapat..malah banyak isu yg lebih global yg aku peroleh sejak aku jadi sebahagian keluarga GPTD. Thanx a lot pada abang2 dan kakak2 GPTD yg banyak beri tunjuk ajar pada aku selama ni…~~bodek2 cket~~

Dari Kem Sakti II tu la tertubuhnya Malaysian Youlth Global Treveller (MYGT), grup di bawah naungan GPTD. Masa tu memang xsangka pun kitaorg kna tubuhkan grup sendiri walhal kami baru je dalam training. Tapi kami cool je…alhamdulillah sekarang dah ada logo sendiri dan dah anjur Kejohanan Bowling MYGT-GPTD, awal bulan Februari dan kami juga telah dilatih utk menguruskan program pada bulan lepas. InsyaAllah aku dan geng aku akn bincangkan maskot utk MYGT supaya matlamat kami lebih jelas dan kuat. MYGT sendiri dah ada perancangan utk menguruskan satu projek besar yg akan dijalankn pada tahun ni…just wait and see…moga2 perancangan kami akan jadi satu realiti dan bukan angan2 semata…doakan kejayaan kami dalam GPTD dan juga MYGT..moga visi dan misi kami tercapai pada satu masa nanti…

Ermm…rasanya dah byk aku membebel kat sini. So kalau ada apa2 yg korang rasa musykil boleh je emel aku..insyaAllah penerangan yg lebih jelas ttg GPTD dan MYGT akan aku kongsikan dgn korang semua…

Jumpa lagi pada Hanashi Kimo yg akan datang…~sayonara~

waLLahu a’Lam…

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Posted on Saturday, March 08, 2008 by Zinnirah Makiko

~Hanashi Kimo…IV ~

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda..

Assalamualaikum wbt…

Terlebih dahulu aku nak minta maaf byk2 sbb agak lama xupdate blog ni..Ada jg sahabat2 hantar emel bertanyakn ttg blog aku ni..AlhamduliLlah sempat jg aku balas. Cuma masa yg terbatas ni xmengizinkan aku utk memperbaharui blog aku dr masa ke semasa. Terima kasih pd sahabat2 yg sentiasa peka dgn ketidakpembaharuan blog ni..dan terima kasih jg aku ucapkan pd sahabat2 yg hantar emel minggu lepas krn sudi berkongsi idea dan pandangan serta kritikan yg membina pada penulis blog ni.. Arigato gozaimas!!

Ermm…cepat betul masa berlalu. Tup..tup dah final exam. Rasanya baru je mula sem baru, tapi dah nk stat sem baru lg.. sempena PRU ke 12 ni, aku ucapkan selamat mengundi pada semua yg layak..sedih gak sbb aku xlayak lagi nk mengundi..huhu. Berkobar2 rasanya…AlhamduLillah kemenangan berpihak pada PAS di tempat kelahiranku, Kelantan tercinta. 2 hari lepas abang kesayangan ada anta mesej..rindu bangat deh~~ Ecelli dia tanya bila nak balik…maklumlah dia first time mengundi tahun ni…semangat betul abang aku neh..hehe. Pape pun aku sentiasa doakan moga segala2nya berjalan dgn lancar.. ~jange rusing abe deh, insyaAllah perjuangan kita mendapat keredhaanNya..yakin dgn pertolonganNya~

AlhamduliLlah sume esemen dan kerja2 yg tertangguh dah pun selesai. So sekarang ni masa utk fokus pada exam plak. Sejak beberapa minggu lepas aku tensen sgt2 + sedih sbb banyak kerja2 yg perlu aku uruskan…esemen berlambak, pastu bertambah plak dgn masalah2 yg sentiasa menguji kesabaran aku. Kalau diikutkn hati, parah la jawabnya…Nasib baik ada particular persons yg bgi semangat dan kekuatan pda aku..AlhamduLilLah..jazakallahu khairan kathira buat mama dan abah tersayang krn sentiasa memberikn dorongan utk aku teruskan perjuangan di sini. Utk abang tersayang, arigato gozaimas krn banyak memberi tunjuk ajar dan semangat yg kental utk adikmu ini yg selalu mengade2..hekhek.. Tak lupa juga pada sesiapa yg rasa dirinya rapat dan kamchin ngn aku…terima kasih sume..luv  u all…

Tak chantek jika aku sekadar bercerita itu dan ini namun masih disirami kealpaan dan kelalaian  yg mumkin bersarang di hati kita…dan tak indah jika aku sekadar melakarkan cerita hati namun tiada ‘cenderahati’ yg sepatutnya dihadiahkan pada pembaca sume. Sejak dua menjak ni aku realize sumting bila sume keje2 aku selesai dgn agak baik..AlhamduliLlah dgn izinNya…tapi apa yg aku ingin expose di sini adalah mngenai zikir. Mumkin ramai dikalangan kita tak sedar akan kelebihan berzikir. Cuba kita renungkn firman Allah yg bermksud :

“Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
(Ar-Ra’d ayat 28-29)

Ketahuilah wahai sahabat2ku sekalian, dgn zikrullah hati kita akan menjadi tenang, jiwa akan tenteram dan berlapang dada. Sumting yg perlu kita ingat, org2 yg sentiasa lidahnya basah dan tidak lupa utk berzikir pdNya, Dia juga tidak akan pernah melupakan kita. Sepertimana yg aku katakan tadi, walaupun byk kerja2 yg tertangguh..AlhamduliLlah aku diberi suntikan kesedaran utk tidak melupakanNya dgn berzikir. Aku yakin dgn zikir aku dpt melapangkan dada jg mententeramkan hati dan jiwaku utk menyelesaikan sume perkara. Ternyata jelas dan benarlah mksud firman Allah di atas. Cuba kita renungkan pula maksud firman Allah yg berbunyi :

“Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.”
(Al-Imran ayat 191)

Perlu juga kita ingat bahawa dgn berzikir jg, scra automatik dpt mendekatkan diri kita pd Sang Pencipta. Bahkan jika kita lihat, org2 yg sentiasa basah lidahnya dgn zikir akan sentiasa diberi cahaya keimanan pd wajah dan dipermudahkan segala urusan dan amalan. Kesimpulannya, marilah kita mengamalkan zikrullah krn disebaliknya tersimpul seribu satu fadhilat dan kebaikan…moga kita berada dlm golongan yg sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayangNya…insyaAlLah..

Suka utk aku kongsi satu statement yg aku petik dri buku Siri Keberkatan Al-Quran..
Sesungguhnya keimanan tanpa amal soleh adalah iman yg tidak sempurna, tidak berharga, tidak membawa berkat dan manfaat krn iman bertambah dan berkurang sesuai dgn amalan dan kebaikan yg dilakukan oleh seorang muslim krn amalan dan kebaikan adalah “cabang keimanan”. Demikian pula sebaliknya, amal soleh tanpa keimanan adalah amal yg tidak ada nilainya dan ianya sama sprt amal sosial…
Renung2kan…

Sebagai penutup Hanashi Kimo IV ni, aku nak wish Good Luck pd sume sahabat2 yg sudah dan bakal berperang dlm dewan peperiksaan. Aku doakan kalian moga mendapat keputusan yg cemerlang..jgn lupa doakan aku sekali..
A’laikum bittaufiq wannajah fil imtihan….dan selamat bercuti..jumpa lg next semester..insyaAlLah..

Jumpa lg pd Hanashi Kimo yg akn datang..~sayonara~

waLLahu a’Lam..

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Posted on Wednesday, August 20, 2008 by Zinnirah Makiko

~Hanashi Kimo V…~

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt..
Segala puji bg Allah yg menghidupkan dan mematikan..selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah..akhirnya saat yg aku nanti2kan dah pun tiba. Cuti semester lepas lebih bermakna berbanding dgn cuti2 yg sebelumnya. Dah lama aku xmenulis kat blog aku ni…Agak ketandusan berbanding nukilan2 lepas. Maklumlah tugas sbg mahasiswi merangkap kerja2 dakwah agak banyak, jadi masa yg ada hanya terluang utk tugasan yg penting. Namun sem baru kali ini akanku gunakan sebaik yg mumkin utk mencoretkan sedikit sebanyak hanashi kimo yg telah lama berbeku. Mumkin ada sahabat2 yg tertanya2…apala agaknya cerita yg bakal aku kongsikan. Kalau diikutkan hati ni, mau je aku ceritakan semua yg brlaku spnjang ketidakberadaan aku kat blog ni….ermmm

Walaupun cuti sem lepas agak lama, tapi bagiku ia hanya seminit cuma. Dengan kesihatan Abah yang xmengizinkan, aku masih sibuk dgn program utk student2 IPT di tempat kelahiranku dan juga kuliyah utk adik2 junior di sekolah lamaku. Alhamdulillah..sepanjang cuti sem yg lepas,aku menggunakan cutiku dgn sebaik yg mumkin. Namun tanggungjawabku sbg ank lebih penting..Abah kesayangan tdk aku lupakan. Selama aku berada di kampung, aku lebihkan masa bersama Abah walaupun agak sibuk dgn kerja2  luar. Mujurlah Abah dan Mama faham tugas anak kesayangan mereka ni.. Macam mana la agaknya keadaan Abah sekarang ni.. ermm…harap2 bertambah baik. Moga Abah sentiasa dibawah lindunganNya…Ameen

Berbalik pada aktiviti aku sepanjang cuti yg lepas. Seperti biasa, bila aku pulang ke kampung..adik2 junior dr sekolah lama setia menantiku utk berkuliyah sama2..ada juga antara mereka dri sekolah yg lain. Alhamdulillah ukhwah yg terjalin semakin erat aku rasakan. Moga kalian menjadi insan yg mantap dgn ilmu pengetahuan dan menjadi pendakwah yg hebat suatu masa nanti..Akak senantiasa mendoakan kejayaan kalian.. Moga masa cuti akak tdk terbuang begitu saja dgn adanya kalian..bersua lagi pada cuti yg akan datang…insyaAllah..

Pada 1&2 Ogos pula, aku bersama rakan2 senegeri dan juga adik2 dari USM Kubang Kerian, Cosmopoint KB, KIST dan xlupa juga adik2 kesayangnku Fikri dan Fadhil turut serta dlm program Training of Trainers (T.O.T) siri 1. Aku  selaku jurulatih bersama orang kuat GPTD, Che Din dan juga Abg Afzan berada di Islamic Outreach ABIM, Kok Lanas Kelantan selama 2 hari 1 malam utk bersama2 dgn peserta TOT. Alhamdulillah segala2nya berjalan dgn lancar walaupun hanya berkampung selama 2 hari. Aku agak terkesima dgn respon yg diberi oleh sahabat2 dan adik2 TOT. Nampaknya, kami di GPTD mesti lebih berusaha keras utk memberi yg terbaik pd mereka. Selamat menjadi warga GPTD pd kalian semua..moga kalian sentiasa sukses dlm apa jua yg kalian lakukan..jumpa lagi pada TOT siri 2 akan dtg..insyaAllah..

Sebelum berpisah..teringat aku pda satu madah yg dah lama aku tinggalkan utk dikongsikan brsama…

“We are never too old to learn, and never too young to die, but follow the step of Ulama’ to learn and follow the step of syuhada’ to die”

Semoga kita sentiasa berada dlm golongan tersebut…insyaAllah

Wallahu A’lam..

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Posted on Sunday, November 30, 2008 by Zinnirah Makiko

 ~Hanashi Kimo VI… ~

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bg Allah yg menghidupkan dan mematikan..selawat dan salam ke atas junjungan besar , Nabi Muhammad SAW…

Bertambah rindu utk menulis..mana taknya, dah lama xmeng’update’ blog kesayangan ni. Internet plak lembab kat sini, so bila nak msuk entry yg baru kat blog, mst xdapat. Klu balik umah mesti best guna internet..laju je . Tapi balik pun blum, kna stay kt kolej smpai buku projek siap. Alhamdulillah, sgalanya berjalan dgn baik dan dah bley bersedia utk balik kg. So dlm tempoh sblm brlepas pulang ke kg, aku berusaha juga utk msukkn hanashi kimo yg bru ni. Syukur sebab internet dikira dah ok kt hostel area ni.

Ermm..sejak akhir2 ni, ade resah yg bertandan kat hati aku ni..xtaw la nape, sumting wrong was happened to me. Tapi aku mnyibukkan diri dgn keje2 yg xpnah habis dan memusingkan kpala dgn menulis sambungan novel yg dah terbantut sekian lama..alhmdulillah aku bley atasi sume tu dgn bertahajjud dan brzikir sebanyak yg mumkin. Hari2 yg aku lalui penuh dgn kejutan dan ketidakbarangkalian yg berlaku di dpn mata aku. Tapi sume tu aku anggap sbg cabaran dan ujian utk aku truskn perjuangan aku dlm dunia yg penuh dgn penipuan ni. Biarlah sume tu menjadi titik permulaan utk aku trus merangkak, berjalan dan berlari dlm manelusuri arus kehidupan yg penuh mencabar ini.

Dlm satu hadis Bukhari yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi SAW brsabda yg brmaksud:

“Jika  Allah ingin melakukan kebaikan ke atas seseorang, Dia akan datangkan ujian dan musibah kpdnya”

Dlm satu lagi hadis Bukhari, yg diriwayatkn oleh Abu Sa’id Al-Khudri dan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yg brmaksud:

“Tiada kepayahan atau kesakitan, tiada penderitaan atau kesedihan, juga tiada kelukaan atau kesengsaran yg menimpa ke atas seseorang muslim, bahkan jika ianya ditusuk dgn duri, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya yg lalu”

Dlm hiruk pikuk kesibukan aku ni..teringat pd adek2 SMAP kajang. Xtaw la nape, bila ingatkn dorang tiba2 hatiku jd tenang..setenang pemandangan di sukida resort. Dlm byk2 prog fasi yg aku join, tu la pengalaman yg pling istimewa aku rasakan. Xkan aku lupakan sepanjang hayatku. Bagiku, dorang amat istimewa lagi2 grup yg aku handle. Wonder ten square…kalian mmg hebat! Saat brjumpa dgn kalian juga la yg mengubah pandangan akk pada satu perkara. Ah..terlalu simbolik utk aku luahkan di sini. Biarlah aku dan DIA saje yg taw.

Di saat2 ini juga, kerinduan kpd keluarga yg jauh sering menerjah diruang sudut hati yg begitu ingin utk pulang. Bersabarlah wahai puteri ayahanda dan bonda, masa itu akan datang jua. Walupun cuti hanya beberapa hari, aku brharap aku bisa menghilangkan segala keresahan dan kerinduanku di kg halaman. Ketibaan Aidil Adha nanti mumkin akan membawa seribu satu kenangan yg terindah bgku…harap2nya begitu…

Kpd kawan2..selamat  bercuti, hope u guys will spend ur holiday time with good things and have a nice day with ur family. Doaku juga moga kalian dpt result gempak nnt..sama2 doakan..

Wallahu A’lam…

La TahzaN

Leave a comment