Business online

Bismillahi tawakkal ‘alALLAH..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk Mz berpena di sini. Rasanya sudah hampir setahun jg Mz xmenulis. Cukup membuatkan hati Mz rindu utk meggerakkan jemari bahkan setiap hari Mz memohon doa pdNya agar diberi kesempatan utk Mz kembali menulis. Alhamdulillah,syukur yg xtrhingga. Moga Allah sntiasa memberi kelapangan waktu dan diberikan kesihatan yg baik utk memanfaatkn masa yg masih berbaki ini.

Dari Nilai mengmbara ke Klang dan kembali semula ke Nilai. Hampir lima tahun berada di tempat org cukup membuatkan hati Mz merasa sayu krn ayahanda meninggalkn Mz dlm tempoh yg begitu cpt.  Setengah tahun kemudian Mz merantau lagi ke negeri orang, ke Kuala Terengganu utk menimba pengalaman. Setahun lebih berada di sana meninggalkan kenangan yg amat payah utk Mz lupakan. Dan sekarang Allah campakkn Mz di Shah Alam,menimba pelbagai pengalaman dan belajar banyak perkara. Itulah rentetan kehidupan Mz sejak 2006 hingga kini. Menjadi seorang pelajar hingga ke alam pekerjaan,jatuh, bangun kemudian jatuh lagi tetapi Mz tdk boleh berputus asa. Kata-kata semangat ayahanda ttp di memori dan sentiasa melekat di hati Mz. Xkan pupus hingga Mz ditelan bumi. Allah telah berfirman yg bermaksud:

 “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

[Azzumar : 53]

Kalam suci Allah ini Mz tanamkn ke dlm hati spy walau apa badai sekali pun yg dtg, Mz tetap teguh dlm mengabdikan diri kpd Allah yg Maha Menguasai seluruh langit dan  bumi, InsyaAllah. Sungguh benar apa yg dikatakan ulama’ bahawa menjadikan al-Quran sbg teman adalah penyelamat segala perkara dengan izin Allah. Itulah kuasa dan keajaiban al-Quran yg diturunkan Allah kpd  kita.

Alhamdulillah dgn izin Allah jg Mz dpt membuka perniagaan secara online. Sudah lama Mz mahu lakukan cuma tdk ada keberanian dan sokongan. Dan skrg Mz tersenyum bangga krn pada masa yg sama Mz bekerja sbg guru tusyen, staf wakaf quran dan jg bisnes online yg Mz kelolakan sendiri. Terdetik juga di hati utk membuka kedai sendiri spy mama Mz dpt meluangkan masa beliau dgn perkara2 yg pernah beliau lakukan satu waktu dahulu. InsyaAllah dgn kudrat yg masih ada skrg ini, Mz mahu lakukan yg terbaik utk keluarga  jg utk diri Mz sndiri. Semoga Allah memberkati hidup Mz sekeluarga dan diberikan limpahan rezeki buat kami utk membantu addeen terutamanya. Amin ya Rabb..

Utk tempahan dan order barangan di TyaNurTiha StyLe, boleh hubungi Mz sendiri di talian 01119305150 atau pm shja di http://www.facebook.com/TyaNurTiha atau emelkan ke tyanurtiha@yahoo.com / al_fatihah06@yahoo.com.my

Layari juga website TyaNurTiha StyLe di:  http://tyanurtihastyle.wordpress.com/

Syukran..Wallahu ta’ala a’lam.. 🙂

2 thoughts on “Business online

Leave a comment