Ramadhan Kareem ^_~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala pujian hanya buatMu yang Maha Pemberi ilham, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat serta seluruh sahabat baginda.

Salam 1 Ramadhan 1432H dan salam bahagia buat semua pembaca blog yg Mz kasihi. Segala puji bagi Allah yg menghidupkan dan mematikan hambaNya. Alhamdulillah dgn izinnya Mz masih diberi nikmat utk menghirup udara di bumi Tuhan ini. Syukur yg tak terhingga Mz panjatkan krn Mz masih berupaya utk berpena dan masih mampu utk menunaikan rukun Islam yg ke3, moga kita dpt menamatkan Ramadhan tahun ini dgn sempurna. Mz mendoakan semoga kita semua diberi kesihatan yg baik supaya kita dpt menjalankan ibadah puasa dgn cemerlang. Semoga apa yang Mz lakukan pada hari ini dan hari2 yg akan datang beroleh redha dan barokah dariNya…Amin insyaAllah…

Alhamdulillah kita sudah sampai kepada Ramadhan yg mulia. Semoga Allah melimpahkan barokah dan rahmatNya buat kita semua pada bulan Sya’ban yg lepas dan berterusan sehingga bulan2 yg seterusnya, insyaAllah. Firman Allah Ta’ala yg bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” [Al-Baqarah : 183 ]

Rukun Islam itu dibina atas lima perkara dan salah satu perkara yg wajib kita sempurnakan adalah rukun Islam yg ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Diwajibkan ke atas kita “Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah swt dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah swt, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji kepada sesiapa yg mampu.” InsyaAllah Ramadhan kali ini membawa keberkatan, rahmat dan maghfirah buat kita semua.

Puasa dlm kalimah bahasa arab ialah “الصوم”  yg bermaksud menahan diri. Dari sudut syara’ bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat dengan syarat2 tertentu. Niat puasa – Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. Niat ini dibaca pada hari permulaan sahaja dan sekiranya kita terlupa pada hari seterusnya tidak mengapa kerana kita sudah berniat dgn niat ini.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan ialah Allah Ta‘ala telah menurunkan kitab suci Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah yg bermaksud:

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang batil.” [Al-Baqarah : 185]

Jadi, seharusnya kita sbg umat Islam bertadarus, bertadabbur dan memahami ayat2 suci dgn penuh khusyu’ bukan shj di bulan Ramadhan malah sebolehnya pada bulan2 yg lain juga. InsyaAllah dgn pendekatan sprt ini kita akan mendapat syafa’at di akhirat kelak. Moga shj kita akn mencapai keberkatan di bulan yg mulia ini dgn amalan2 yg lain sprt solat sunat taraawih dan jg solat sunat di sepertiga malam.

Dan di antara malam-malam bulan Ramadhan itu terdapat suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik daripada seribu bulan. Allah berfirman yg bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) itu pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” [Al-Qadr : 1-5]

Menurut ulama’, seribu bulan itu kira-kira 83 tahun dan Lailatul-qadr jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Jadi, jangan kita sia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam sepuluh terakhir nanti. Mari kita sama2 berusaha dgn sungguh2  utk memperbanyakkn amal ibadat sebagai saham dan bekalan di akhirat kelak..insyaAllah..

Sebelum Mz mengakhiri pena kali ini, izinkan Mz menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya Mz melakukan salah dan silap. Sebagai manusia biasa, kita tidak lepas dari melakukan kesalahan dan sebaik2 manusia yg melakukan dosa dan kesalahan itu adalah manusia yg sering muhasabah dan bertaubat kpd Allah. Moga shj kita tergolong di kalangan hamba2Nya yg beruntung..insyaAllah.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan…selamat berpuasa kpd suluruh umat Islam amnya dan khususnya buat keluarga Mz, sahabat handai, serta pembaca yg Mz kasihi..

Wallau a’lam..

Usrah Melahirkan Rasa Cinta kpd Allah

                                                               بسم الله الرحمن الرحيم

                                                             السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala pujian hanya buatMu yang Maha Pemberi ilham, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat serta sahabat baginda.

Salam bahagia buat semua pembaca blog yg Mz kasihi. Segala puji bagi Allah yg menghidupkan dan mematikan hambaNya. Alhamdulillah dgn izinnya Mz masih diberi nikmat utk menghirup udara di bumi Tuhan ini. Syukur yg tak terhingga Mz panjatkan krn Mz masih mampu utk berdiri dan masih berupaya utk berpena. Semoga apa yang Mz lakukan pada hari ini dan hari2 yg akan datang beroleh redha dan barakah dariNya…Amin insyaAllah…

Sudah agak lama blog Mz ni bersawang. Kdg2 timbul rasa rindu utk menatap dan menitipkan sesuatu yg indah dan bermanfaat buat pembaca yg Mz kasihi.  InsyaAllah kali ini Mz akan berkongsi apa pentingnya usrah @ halaqoh utk kita. Mungkin kpd bekas mahasiswa/i sudah biasa dgn bi’ah ini tapi buat adik2 yg baru menjejakkan kaki ke sekolah mungkin masih baru dengan suasana usrah. Ingin Mz kongsikan satu ayat kalamullah yg berfirman mafhumnya :

“ Bertolong-tolonganlah kamu dlm berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya. (Al-Maidah, 5:2)

Manusia yg baik adalah manusia yg paling banyak memberi manfaat kpd manusia lain. Jadi salah satu cara utk kita memberikan manfaat kpd manusia lain adalah dgn kaedah usrah @ halaqoh. Buat adik2 usrah Mz yg masih baru, sis ucapkan selamat datang dan selamat menuntut ilmu. Welcome to da club!

Usrah telah diperkenalkan oleh Hasan Al-Banna sejak awal penubuhan Ikhwanul Muslimin (tahun 1928). Sehingga kini memang banyak pihak yg memperjuangkan  usrah. Usrah dianggap sebagai tulang belakang bagi pembinaan harakah Islam (pergerakan Islam). Malah, dalam teori pengurusan usrah terbaru, sekiranya sistem usrah diuruskan dengan baik, maka ia adalah asas bagi melahirkan kewibawaan dan pengurusan harakah yang terbaik. Ini kerana pelbagai aktiviti dan kegiatan da’wah dalam pelbagai suasana dapat dilaksanakan melalui usrah. Usrah juga dianggap sebagai  institusi pendidikan yang lengkap bagi melaksanakan proses ta’lim, tarbiyah dan melahirkan individu-individu mithali.

Definisi usrah:

Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

Dari segi istilah pula, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan.

Sesuai dengan kalamullah yg Mz nyatalan di atas, kita perlu tolong menolong dlm kebajikan dan menghindarkan diri dari menolong dlm bentuk maksiat dan dosa. Harus juga kita fikirkan bagaimana cara utk kita menyelesaikan masalah2 umat kita pada hari ini terutamanya masalah social remaja yg semakin membimbangkan. Jadi dgn kaedah usrah @ halaqoh inilah akan membawa remaja2 kita pada hari ini utk lebih mendekatkan diri dgn ilmu2 agama. insyaAllah dgn adanya kaedah ini kita dpt mencapai matlamat melahirkan insane soleh dan solehah.

Tujuan Usrah:
Tujuan usrah ialah menghubungkan diri dengan Allah, merapatkan ukhuwah Islamiah dan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalami fardu ain, meluaskan kefahaman  terhadap Islam, dan memberi galakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.

Bukan sahaja kita mendalami ilmu2 agama  termasuk mu’amalat ,malah dgn adanya usrah @ halaqoh kita lebih mendekatkan diri kita kpd Allah (taqarrub ilallah) secara total jika kita bersungguh2. Pada Mz usrah juga bukan sahaja mempelajari ilmu agama, malah lebih drpd itu.  Sebagai contoh, riadah bersama2, makan bersama2, solat bersama2, melancong bersama2 dan byk lagi cara utk kita merapatkan lagi ukhwah sesama ahli usrah. Sangat indah bukan..?

Rukun Usrah:
Rukun pertama ialah berkenalan (taaruf) iaitu berkenalan sesama sendiri dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan berusaha menghindarkan sebarang kekeruhan yang merenggangkan persahabatan. Rukun yang kedua ialah bersefahaman (tafahum) iaitu bersefahaman dalam memahami Islam dan menghayatinya. Rukun yang ketiga ialah bantu-membantu (takaful) iaitu bekerjasama dalam amal makruf dan nahi mungkar, bersama-sama menggalakkan kebaikan dan bersama-sama menjauhkan kemungkaran.

Usrah akan menjadi lebih mudah apabila ada tiga rukun tersebut. Berta’aruf sesama sendiri boleh menguatkan lagi persaudaraan antara ahli usrah malah akan timbul rasa kasih dan sayang kerana Allah.  Tafahum  adalah meningkatkan persefahaman sesama ahli usrah dan meningkatkan kefahaman tentang Islam , menghayatinya secara syumul. Kesefahaman inilah akan menimbulkan semangat  takaful  @  ta’awun iaitu bantu membantu sesama ahli usrah dan tolong menolong dlm amar ma’ruf dan nahi mungkar.  Malah jika ada ahli usrah yg memerlukan bantuan, wajib utk kita membantunya dlm erti kata mengurangkan beban ahli usrah tersebut.  Setuju..?

Sangat indah apabila kita berkasih sayang krn cinta kita kpd Allah. Maka dengan adanya aktiviti usrah @ halaqoh sprt ini, kita akan menjadi manusia yg baik, malah akan memberi  manfaat kpd manusia lain yg memerlukan pertolongan kita. InsyaAllah  hidup kita akan indah seindah pelangi yg hadir selepas hujan. Moga sahaja apa yg kita lakukan akan mendapat barakah dan redha Allah..insyaAllah.  Selamat berusrah buat adik2 tersayang… sayang kalian semua.. 😉

Jom Hijrah dengan Amalan Sunat.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala pujian hanya buatMu yang Maha Pemberi ilham, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat serta sahabat baginda.

Salam bahagia buat semua pembaca blog yg Mz kasihi. Alhamdulillah dgn izinnya Mz dpt kembali berpena dan dgn serendah-rendah hati Mz ucapkan jutaan terima kasih buat pembaca blog dan e-Novel Mz..syukran jiddan!

Segala puji bagi Allah yg menghidupkan dan mematikan hambaNya. Salam Muharram 1432H atau ada juga yg ucap Salam Maal Hijrah 1432H. Apa pun ucapannya ianya hanya maksud yg sama. Rasanya masih tidak terlambat utk Mz mengucapkan tahun baru 1432H kpd pembaca..pada kali ini Mz akn berkongsi dgn pembaca tentang bulan Muharram dan fadhilat berpuasa pada hari ‘Asyura iaitu pada 10 Muharram. Moga sama2 kita ambil manfaat supaya hijrah kita tidak sia-sia…insyaAllah

Dari Hassan Albasri rahimahumullah : “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Muharram ( محرم ) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijriah. Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa ang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”. [Al-Baqarah : 91]

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (شهرالله).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Hukum Puasa ‘Asyura

Dari Aisyah radiyallahu r.a ,

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَعَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَأَفْطَرَ

“Dahulu Rasulullah SAW memerintahkan untuk berpuasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. [HR Al Bukhari No 1897]

Sebahagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib akan tetapi hadith ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahawa hukumnya adalah mustahab.

Waktu Pelaksanaan Puasa ‘Asyura

Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama kontemporeri seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah SAW semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan kurang lebih setahun sebelum wafatnya, baginda bersabda,

لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ

“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”

Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah SAW , “Aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”, kemungkinan baginda ingin memindahkan puasa tanggal 10 ke tanggal 9 Muharram dan baginda ingin menggabungkan keduanya dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura. Tapi ketika Rasulullah SAW  ternyata wafat sebelum itu maka yang paling selamat adalah puasa pada kedua hari tersebut sekaligus, tanggal 9 dan 10 Muharram..

Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11.

Kelebihan ‘Asyura

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari ‘Asyura dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari ‘Asyura,

menjadikan Adam juga Hawa pada hari ‘Asyura;

menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari ‘Asyura;

Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari ‘Asyura;

menenggelamkan Fir’aun pada hari ‘Asyura;

menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari ‘Asyura;

Allah memberi taubat kepada Adam pada hari ‘Asyura;

diampunkan dosa Nabi Daud pada hari ‘Asyura;

juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari ‘Asyura; dan

akan terjadi hari kiamat pada hari ‘Asyura.

Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?” Sabdanya :

1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11. Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram

12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram

13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram

14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari  40 malam pada 10 Muharram

15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram

16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.

19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Allah menjadikan ‘Arasy.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; “Hari ‘Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari bahteranya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari ‘Asyura”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; “Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.”

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; “Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari ‘Asyura; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW.; “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”. maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.”

Abul Laits berkata; Dinamakan ‘Asyura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari ‘Asyura kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari ‘Asyura dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir’aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari ‘Asyura. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari ‘Asyura kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah pada umat ini.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. [Sahih Muslim]

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; “Barangsiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” [Riwayat Albazzar]

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” [Riwayat Al Baihaqi]

Wallahu a’lam…semoga paparan kali ini memberi manfaat buat kita semua. Moga amalan kita pada tahun baru ini lebih baik dari tahun2 yg lepas..insyaAllah. Selamat beribadah..taqarrubkan diri kita kpdNya..moga amalan kita diterima olehNya..Aminn..

p/S : Alhamdulillah..minggu hadapan Mz akan ke Terengganu, lapor diri sbg Guru Agama di Pusat Tahfiz Gemilang. Doakan Mz..semoga setiap penulisan, gerak kerja, amalan dan perbuatan Mz diberkati dan dirahmati..Aminn..

Solat Mengubah Fisiologi Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..sgl puji bg Allah yg Maha pemberi nikmat kpd hambanya. Maha suciNya yg menghidupkan dan mematikan hambaNya mengikut ketetapan dan ketentuanNya sejak azali lg. Alhamdulillah Mz kembali lagi dgn semangat yg baru..azam yg baru dan InsyaAllah dgn kekuatan hati dan jiwa yg lebih tegar utk menerima segala qada’ dan qadar Allah swt. Sudah bersawang agaknya blog Mz ni, sejak Allahyarham Ayahanda Mz pergi meninggalkan Mz sekeluarga, Mz meng’MC’kan diri dari menulis blog bahkan menulis karya Mz sendiri. Allahuakbar, moga Mz sekeluarga tabah!! Rasanya terlalu lama Mz tdk mengisi sesuatu buat sahabat semua. InsyaAllah artikel utk kali ini akn memberi pengetahuan yg berguna buat kalian. Tidak lupa juga Mz ucapkan Salam Ramadhan Kareem. Sama2lah kita berlumba utk meraih keampunan dan keberkatan dariNya. Pd malam2 terakhir Ramadhan ini, perbanyakkanlah amalan kita semoga kita bisa besua pd malam yg diumpamakan lebih baik dari seribu bulan iaitu ‘Lailatul Qadr’ 🙂

“Sekiranya kamu mendengar iqamat berkumandang, bergeraklah untuk solat. Berjalanlah dgn tenang dan jangan terburu2. Sertailah rakaat yg sedang jemaah lain lakukan dan sempurnakanlah bakinya.” (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menyarankan kita sbg umat islam supaya segera menunaikan solat sesudah mendengar iqamat tetapi jangan dlm keadaan yg tergesa2. Bentuk fizikal dlm hal ini ialah berjalan dgn tenang yg merupakan antara bentuk pemanasan badan. Selain itu gerakan secara perlahan dpt mengelakkan drpd risiko pemecahan otot yg berpunca drpd gerakan pantas ataupun mengejut. Wudu’ yg hukumnya wajib sebelum menunaikan solat juga ada kelebihan yg tersirat. Kajian sains membuktikan titisan air yg mengalir di kepala dan wajah manusia dpt menghilangkan pening kepala, kegelisahan jiwa dan melancarkan perjalanan darah. Para saintis mengakui kehebatan air sehingga dpt memberikan kesan kpd otot, saraf dan ketenangan jiwa manusia. Mungkin disebabkan itu ada sesetengah orang menyanyi semasa mandi krn dia berasa santai dan bahagia. Nabi Muhammad SAW juga menyarankan umatnya supaya mengambil wudu’ sekiranya sedang marah. Ada riwayat lain mengatakan  “Sekiranya kamu marah, maka mandilah”.

Perbuatan pertama dlm solat ialah takbiratul ihram yg mana perlu sempurna mengangkat kedua2 tangan sejajar dgn bahu, tapak tangan menghadap kiblat dan meluruskan setiap jari. Perbuatan ini dpt menjadikan dua tulang belikat yg berada di punggung menjadi rata sehingga dpt mengurangkan risiko bongkok pada bahu dan punggung. Perbuatan ini juga dpt menambah kelapangan rongga dada sehingga paru2 dpt menghasilkan darah yg mengandungi oksigen dgn baik. Selain itu perbuatan meluruskan jari2 dpt membantu melancarkan perjalanan darah sekiranya dilakukan paling minimum 3 kali setiap rakaat dlm tujuh belas rakaat sehari semalam. Kemudian perbuatan meletakkan dua tangan di dada juga ada hikmahnya. Keadaan ini sprt orang yg patah atau cedera di tangan. Tangan si fulan digantung di dada sama sprt perbuatan dlm solat. Dari sudut anatomi, perbuatan ini melaraskan kesejajaran kedua2 bahu krn posisi kedua2 lengan, bahu dan tapak tangan berada pd sudut yg sama. Posisi ini dpt menghalang drpd kesan pembengkokan pd tulang punggung sekiranya solat dilakukan berulang kali dlm masa yg lama. Begitu juga perbuatan berdiri tegak. Kedua2 kaki perlu sejajar dgn bahu dan menghadap kiblat. Titik tumpu berat badan ialah pd sisi luar yg kerasiaitu tumit. Oleh itu berat badan tidak ditampung oleh urat bawah kaki yg dpt mengakibatkan lekukan kaki rosak.

Pandangan mata semasa berdiri juga perlu menghadap pada tempat sujud. Rasionalnya, semasa seseorang berdiri tegak dgn mengendong sesuatu pd bahu, badannya akan miring sedikit ke belakang. Dua lengan yg dilekapkan pd dada juga memiliki berat yang memberikan kesan pergerakan badan. Sekiranya badan kerap miring, ia memberikan kesan pd tulang pangkal paha. Sekiranya rongga pd tulang pangkal paha semakin membesar, ia memberikan kesan pd tulang belakang hingga mengakibatkan pergeseran pd tulang belakang. Oleh itu, dgn menetapkan mata pd tempat sujud dpt mengawal pergerakan badan drpd miring atau senget.

Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan sehingga kedua-dua tangan menyentuh kedua-dua lutut. Keadaan badan pd masa ini dlm kiraan pusingan 90 darjah. Semasa rukuk, otot bahagian hadapan tubuh sprti otot dada mengecut. Manakala otot tubuh bahagian belakang sprti otot punggung, bahagian belakang kaki dan pinggul mengendur secara perlahan. Otot ini menggunakan tenaga yg besar bagi mengawal kestabilan tubuh. Otot kaki bahagian belakang yg mengecut itu dpt memanjangkan dan menambahkan kelenturan sehingga membolehkan seseorang dpt berjalan dgn lebih baikdan cepat.

Sesudah rukuk, perlu dilakukan i’tidal atau berdiri tegak dgn sebentar bagi memberikan masa organ tumbuh kembali pd posisinya kembali. Semasa perbuatan ini, otot-otot punggung pinggul dan bahagian belakang kaki kembali mengecut. Manakala otot-otot bahagian dada, perut dan bahagian hadapan kaki mengendur semula.

Semasa hendak sujud, lutut perlu didahulukan mencecah tanah sebelum tangan. Dgn melakukan sedemikian, punggung tetap berada dlm keadaan lurus dan tulang punggung tetap berada dlm posisi asal. Sekiranya didahulukan tangan, ia memerlukan badan membongkok ke hadapan sehingga menyebabkan tulang punggung melengkung ke belakang. Pergeseran tulang punggung mungkin berlaku sekiranya dilakukan secara kerap sehingga mengeluarkan zat putih (mielin) pd saluran saraf punggung. Penyakit ini dinamakan Hernia Nucleus Pulposes (HNP).

Sujud pula ialah perbuatan solat yg banyak kelebihannya. Perbuatan lain sprti berdiri tegak, rukuk, I’tidal dan lain2 adalah persiapan otot sebelum melakukan puncak gerakan solat iaitu sujud. Semasa sujud, otot lengan dan otot leher menanggung beban yg berat. Semakin berat beban yg ditanggung otot ini, semakin kuat kedua-dua otot tersebut. Pembahagian beban antara dua otot ini dpt membersihkan sisa pembakaran yg ada pd otot pembakaran tenaga. Ia juga dpt mencegah terbentuknya asid laktik yg mungkin dpt memutuskan saraf2 dan otot secara perlahan.

Selain itu, sekiranya sujud dilakukan dlm masa yg lama, tenaga yg dikerahkan di sekitar perut dan punggung semakin bertambah untuk menjaga kelurusan punggung. Hal ini dpt mencegah perut buncit. Semasa kening, hidung dan kedua-dua tapak tangan menyentuh tanah dlm keadaan badan yg tidak bergerak, darah dipengaruhi dua kekuatan iaitu jantung yg mengepam darah dan graviti bumi. Dua kekuatan ini bertemu di dada dan kepala sehingga menyebabkan jantung mengepam darah mengalir deras ke kepala. Oleh itu, kepala dipenuhi dgn darah manakala urat dan pembuluh darah pd otot betis bahagian belakang juga dipenuhi darah. Keadaan ini dpt membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Antaranya sakit kepala, tekanan darah rendah (hipotension), kurang darah (anemia), lemah jantung dan pelbagai penyakit yg disebabkan kurang oksigen oleh zat makanan ke otak melalui darah.

Sesudah itu, darah yg mengalir ke otak kembali ke jantung apabila duduk di antara dua sujud (tasyahud). Tasyahud ialah bentuk posisi yg berat bg kaki menampung seluruh berat badan. Walau bagaimanapun, posisi ini memberikan dua kesan iaitu otot dan urat kaki menjadi kuat krn menampung berat badan. Kesan yg lain pula dpt meningkatkan daya tahan otot dan urat kaki tersebut.

Pergerakan terakhir dlm solat ialah salam yg mana mempunyai mukjizatnya tersendiri. Sekiranya sujud dpt menguatkan otot leher bahagian kanan dan kiri, perilaku salam pula dpt mengendurkan otot leher. Semasa seseorang memalingkan salam ke arah kanan, urat sebelah kiri semakin mengendur manakala urat sebelah kanan mengecut dan begitulah sebaliknya.

Amalan solat yg terbaik adalah apabila dilakukan dlm berjemaah ataupun beramai-ramai. Hadis Nabi yg menyatakan solat berjemaah lebih baik 27kali drpd solat bersendirian adalah benar krn saintis barat sudah membuktikan kebenarannya. Dgn merapatkan barisan (saf) sehingga bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit sebenarnya mengalirkan cas2 +ve dan -ve yg terkumpul dlm badan manusia. Dgn sentuhan semasa solat berjemaah, cas2 dialirkan kpd jemaah lain. Secara tidak langsung, cas2 -ve dlm badan manusia dpt dineutralkan dgn cas2 yg dialirkan. Oleh itu, pesakit demam panas disarankan solat berjemaah supaya cas2 dlm badan dpt dineutralkan dgn baik.

Allah sudah memerintahkan supaya melakukan perintah yg disampaikan melalui RasulNya. Sebenarnya ada pelbagai rahsia dan mukjizat yg tersingkap di sebalik setiap amal ibadah selain solat, seperti puasa, zakat dan menunaikan haji. Wallahu a’Lam..

p/S: Moga amalan kita diterima olehNya di bulan yg penuh barakah ini…SALAM RAMADHAN KAREEM. “اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاغف عني”

Bersahur Cara Rasulullah

Assalamualaikum wbt…

Salam Ramadhan dan selamat bersahur buat pembaca sekalian..pada waktu ini mungkin sudah ramai yg sdg menyediakan juadah utk bersahur. InsyaAllah..moga ada keberkatan daripada sahur yg kita amalkan. Rasulullah s.a.w sendiri amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:
“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan” (Hadis riwayat al-Bukhari )


Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.a:
“Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur”  (Fathul Baari : Jil.11)

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikatNya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur”.(Hadis riwayat Ahmad)

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit  iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)” (al-Baqarah:187)

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Saâad r.a berkata:
“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Qadi Iyadh r.a berkata: Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar. (Fathul Baari : jil. 11)

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur? Beliau menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Sumber: Al-Khadeem

waLLahu ta’aLa  a’Lam..

Isra’ dan Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim..

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah…sujud syukur di atas sgla nikmat yg dikurniakan Allah subhanahu wata’ala. Maha Agungnya Dia meminjamkan nikmat utk kita…semoga kita dlm golongan yg sentiasa bersyukur…insyaAllah. Dalam hiruk pikuk kesibukan kita, mungkin ada yg terlupa 27 Rejab 1430H sudah pun bertamu, atau dlm makna kata lainnya, hari dimana berlakunya Isra’ Mikraj. Mz ingin berkongsi apa yg Mz dapat dari usrah gabungan dewan muslimat beberapa hari yg lepas mengenai kisah baginda di Isra’ Mikrajkan. Mz begitu tertarik dgn kalam ustazah pd malam itu, beliau mengatakan perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah satu kecanggihan teknologi Allah mengatasi kecanggihan teknologi manusia pada masa kini. Di mana kita dpt lihat bahawa Allah telah memperjalankan baginda hanya pada satu malam shj dan hanya satu malam itu shj baginda diperlihatkan pelbagai peristiwa seperti mana yg diceritakan dlm surah al-Isra’. Dibandingkan dgn kecanggihan teknologi kita pada msa kini, sudah tentu tdk dpt menandingi kecanggihan yg telah Allah ciptakan ketika itu…subhanallah..cuba fikir2kan..

Peristiwa Isra’ dan Mikraj (perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian mikraj ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian spiritual Rasulullah s.a.w pada masa lalu, sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini. Banyak pendapat yang  membahaskan perihal Israk dan Mikraj ini  dan telah mencipta ruang polemik tersendiri dalam periwayatan ‘perjalanan agung’ tersebut. Di antaranya yang berkaitan dengan hakikat dan latar belakang Israk dan Mikraj, perjalanan fizikal dan roh Rasulullah s.a.w dalam keadaan jaga, buraq yang dinaiki Nabi s.a.w, pertemuan Rasulullah dengan para nabi, misteri pintu-pintu langit, rahsia Sidratul Muntaha, perintah solat, dan hikmah-hikmah besar Israk Mikraj.

Sayyid Qutub dalam kitabnya yang terkenal, Fi Zhilal al-Quran menyatakan, “Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah perjalanan yang murni pilihan daripada Zat Yang Maha Kasih dan Maha Lembut, yang menghubungkan akar kesejarahan agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga Nabi Muhammad s.a.w. Demikian pula, perjalanan agung ini menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid (agama-agama monoteisme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan ini adalah untuk menberitahu seluruh manusia bahawa Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir yang menjadi pewaris agama-agama tauhid terdahulu. Demikian pula dengan Israk Mikraj tersebut, menjadikan Muhammad sebagai penutup seluruh Nabi dan rasulNya. Israk Mikraj adalah perjalanan yang menembus dimensi ruang dan waktu, serta memiliki makna yang lebih luas dan mendalam.”

Hanya dalam satu malam, Allah s.w.t ‘mencipta perjalanan’ bagi Rasulullah s.a.w untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaranNya, bermula dgn proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkanNya perintah menunaikan solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasulullah dalam keadaan jaga, bukan mimpi semata. Mari sama2 kita hayati kisah ini.

Sebelum berlakunya Isra’ dan Mikraj, Rasulullah s.a.w berhadapan dgn malaikat Jibrail dan Mikail yg telah ditugaskan oleh Allah untuk membuat pembedahan pd dada baginda. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian 3 perkara dimasukkan kedalam dada baginda s.a.w iaitu ilmu, hikmah, dan iman. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Isra’.

Sepanjang perjalanan (isra’) itu Rasulullah s.a.w ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Ketika baginda tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah.

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa a.s dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda  menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api  dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Baginda diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) .
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba’.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segenap anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (naik ke Hadhratul-Qudus menemui Allah), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  • Langit Pertama: Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua: Nabi s.a.w dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa a.s dan Nabi Yahya a.s.
  • Langit Ketiga: Naik ke tangga langit ketiga, baginda bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
  • Langit Keempat: Naik ke tangga langit keempat, baginda bertemu dengan Nabi Idris a.s.
  • Langit Kelima: Naik ke tangga langit kelima, baginda bertemu dengan Nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik ke tangga langit keenam, baginda bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik ke tangga langit ketujuh, baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim a.s  bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, RasulNya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S. W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj, Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq, pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi bukti peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

(Sumber: Kitab Jam’ul-Fawaa’id)

Daripada kisah di atas, Mz dpt simpulkan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar untuk kita mengingati tarikh 27 Rejab dan mengetahui sejarahnya shj, malah kita seharusnya menghayati pengajaran disebalik peristiwa yg telah Rasulullah s.a.w lalui dan diperlihatkan bagi meneladani perkara yg baik dan menjauhkan diri kita dr perkara yg buruk. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaanNya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati, kemungkinan kita sbg manusia mampu mengelakkan diri daripada melakukan pelbagai kejahatan dan kemungkaran. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji kita sbg umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w langsung tidak mempercayainya, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik shj Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada Baginda s.a.w.

Semoga apa yg Mz paparkan pada kali ini, dpt kita manfaatkan utk diri kita dan orang2 disekeliling kita…insyaAllah. Sama2 kita mohon maghfirah padaNya agar diampunkan segala dosa dan khilaf selama hayat kita di dunia ini…Astaghfirullahal ‘azim…sama2 kita bermujahadah dan bermunajat padaNya..

Wallahu a’lam.. 🙂

Ber’uzlah

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt..

Hamdalah bertemu kembali. Semoga hati2 insan di sekeliling kita dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan tika dan waktu ini. Tiada yg indah selain kebahagiaan yg kita kecapi dlm diri kita dan juga kebahagiaan bersama keluarga dan teman2 tercinta..insyaAllah. Miss Zinnirah teringat pd junior2 yg agak rapat dgn Miss Zinnirah, ada cerita disebalik penceritaan. Sedang asyik Miss Zinnirah menumpukan perjalanan dan langkah utk ke Civil Eng. School, ada seseorang memanggil nama Miss Zinnirah. Mulanya terasa berat utk menghentikan langkah krn ada hal penting yg harus Miss Zinnirah selesaikn waktu itu. Namun kedengaran suara yg sayup2 dari belakang memaksa juga Miss Zinnirah utk menghentikan langkah. Tersenyum gembira junior tersebut melihat ada respon dariku. Miss Zinnirah membalas senyuman kasih kpdnya. Junior tersebut bersalam dan memelukku erat serta memulakan bicaranya…

J: Assalamualaikum kak…sihat?lama xnampak. Akak pergi mana? sibuk ye..

Miss Zinnirah hanya tersenyum mendengar pertanyaan tersebut, cuba memikirkan bait2 kata utk membalas tanpa ada sedikit pun rasa ketidakpuasan hati pd junior tersebut…takut jg jwpn yg Miss Zinnirah keluarkan nanti menggores hati dan perasaannya.

MZ: Waalaikmsalam dik..alhamdulillah akk sihat, cuma 3 4 mggu lepas je akak sakit. Sebab tu la dah lama xnampak kot. Sibuk tu biasa la, tugasan bertimbun. Ni pun baru siap projek akak, dah berapa hari tertangguh sbb kesihatan xmengizinkan. Lagipun kan lagi  bagus, kita muslimah duduk je kat rumah, klu tak ada apa yg nak dibuat kat luar ni..btul x?

Junior tersebut mengiyakan dan tersenyum penuh makna pada Miss Zinnirah. Miss Zinnirah menarik nafas lega smbil berbasi2 tanyakan khabar dan sbgainya kpd junior tersebut. Lepas tu, Miss Zinnirah minta diri utk misi yg seterusnya. Jadi, aku terfikir utk berkongsi satu artikel dari buku La Tahzan yg ditulis oleh ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni,  yg dah agak lama aku baca, berkaitan dgn ‘uzlah…insyaAllah mgkin dah ramai yg tahu..dialog antara MZ dan J tadi ada kaitan dgn ‘uzlah..insyaAllah..

Betahlah Tinggal di Rumah…

Mengasingkan diri (‘uzlah) yg diajarkan oleh syariat dan sunnah Rasul adalah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, org2 yg banyak waktu kosongnya, org2 yg leka dan org2 yg senang membuat huru-hara. Dgn itu, jiwa sentiasa terkawal, hati kan jadi tenang dan sejuk, fikiran sentiasa jernih dan merasa bebas dan bahagia berada di taman2 ilmu pengetahuan.

Mengasingkan diri dari semua hal yg melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yg sudah terbukti khasiat dan kemujabannya oleh para pakar perubatan dlm bidang rawatan hati. Banyak cara utk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yg sia2. Di antaranya ialah mengisi masa dengan menyuntikkan azam dan wawasan baru ke dlm akal fikiran, melaksanakan semua hal yg boleh menambahkan rasa takut kpd Allah dan jg menghadiri majlis2 pertaubatan dan zikir.

Bagaimanapun, adalah amat digalakkan menyertai dan menghadiri perkumpulan atau majlis yg terpuji dan patut dikunjungi sprti majlis yg digunakan utk melaksanakan sembahyang jemaah, menuntut dan mengajarkan ilmu atau utk saling membantu dlm kebaikan. Justeru itu, hindarilah majlis2 yg tidak jelas maksudnya dan tidak pula mendatangkan manfaat. Jaga kesucian, tangisi kesalahan (muhasabah dan koreksi diri) dan jaga lidah kita. Mudah-mudahan dgn itu rumah kita dpt membahagiakan hati kita.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan yg dahsyat ke dlm jiwa dan ancaman yg membahayakan keamanan dan kebahagiaan diri kita krn melakukan hal itu, bermakna kita sudah bergaul dgn syaitan2 pembisik desas-desus, penyebar khabar angin, peramal bencana dan malapetaka. Yg demikian itu akan membuatkan kita mati tujuh kali dlm sehari sebelum mati dlm erti kata yg sebenarnya. Firman Allah yg bermaksud:

“Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan belaka” [At-Taubah:47]

Harapan penulis supaya kita dpt mengharungi apa pun keadaan, tetap menyendiri dan hanya keluar utk berkata dan berbuat yg baik shj. Ketika itu hati kita akan benar2 menjadi kepunyaan kita sehingga waktu dan usia kita selamat dari kesia-siaan, lidah kita terhindar dari mengumpat (ghibah), hati kita akan bersih dari kerisauan, telinga kita akan jauh dari ucapan kotor dan jiwa kita bebas dari berburuk sangka (su’uzzhan)…Wallahu a’lam..

p/S: Teringat pd Abah…pernah dlu dipesan pd mama dan anak2 perempuannya. Lebih afdhal kami (muslimat) solat berjemaah  di rumah. Ketenangan berada di rumah mmg indah… 😉

 

Etika & Batas Pergaulan Menurut Islam

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Peringatan buat sahabat2 dan jua pada diri ini yg sentiasa khilaf  padaNya. Antara etika dan batas pergaulan yg dpt ku kongsikan di sini, kesinambungan dari artikel Fatwa Ulama’ mengenai couple. Moga mendapat manfaat…mari kita renungkan bersama..

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

 

aqad

 

 

 1. Menundukkan pandangan:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya; “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yg beriman, ALLAH berfirman; “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)
 

2. Menutup Aurat:

ALLAH berfirman, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (An-Nur: 31)

Juga FirmanNya; “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nur: 59)


3. Adanya pembatasan antara lelaki dengan wanita:

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Al-Ahzaab: 53)

 

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

 

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

 

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis:

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (As-Sohihah 1/448)

Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Antara etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Al-Isra: 32)

Wallahu ta’ala a’lam..

Fatwa Ulama’ mengenai ‘couple’

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah bersua kembali….


Dah lama niat di hati nak masukkan fatwa ulama’ tentang ber’couple’. Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan. Fatwa ni aku ada simpan dalam resource & journal aku kat laptop ni. Dah lupa mana aku dapat..takpe, aku masukkan dulu nanti aku cari balik dari kitab/laman mana aku dpt semua ni..insyaAllah. Pada entry yg lepas aku ada sebut tentang cinta. Dan kali ini, aku memenuhi permintaan pembaca blog Miss Zinnirah yg ingin mengetahui lebih mendalam tentang Fatwa Ulama berkenaan hukum ‘couple’. Mungkin ada manfaatnya dlm entry kali ini..mudah-mudahan..jom kita hayati brsama dan amalkannya..insyaAllah.

  • Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin pernah ditanya tentang hubungan cinta sebelum menikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
  • Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubung dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbualan melalui telefon, dan sebagainya, demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.
  • Syeikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; “Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.” (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu dibolehkan selagi tidak mendatangkn fitnah.

Syubhat dan jawapan yang sebenarnya keharaman bercouple sudah jelas. Namun begitu, masih ada yang berusaha menolaknya dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat. Jawapannya; Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah wujud. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya dari pelbagai sudut, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawapannya: Memang, mengenali calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata. Na’uzubillah…semoga kita bukan di dlm golongan tersebut.

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan menjauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH…

Wallahu a’lam.. 🙂