Happy Muaddibah’s Day..

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله

Setinggi-tinggi kesyukuran Mz panjatkan kpdNya yg Maha Tinggi lagi Maha Agung. Syukur krn Mz diberi kesempatan lagi utk pulang ke kg halaman bertemu keluarga tercinta. Segala resah dan gelisah Mz sejak kebelakangan ini hilang pabila berada di kg. Walaupun penat menjalar di seluruh tubuh namun Mz begitu bahagia tatkala melihat keluarga tersayang apatah lagi dpt bersua dgn mama dan abah tercinta. Walaupun abah masih lg berada di hospital namun menatap wajah ayahanda memberikan seribu satu semangat baru buat Mz. Melihat keadaan abah yg begitu bersemangat utk kembali berjalan dan meneruskan kehidupannya seperti biasa, memberikan motivasi utk diri Mz. Tabah sungguh ayahandaku!! Moga abah cepat sembuh..ameenn..

Sempena hari guru, Mz ingin dedikasikan SELAMAT HARI PENDIDIK buat semua ustaz, ustazah, cikgu2, para pensyarah yg pernah mendidik dan mengajar Mz selama ini, dan xlupa juga seluruh guru2 di Malaysia amnya. Sebenarnya Mz sendiri pun lupa semalam, tanggal 16 Mei adalah hari penting buat Mz dan rakan2 seperjuangan sebagai ‘muaddibah’ di PASTI Isbat. SELAMAT HARI MUADDIBAH buat semua pendidik di Isbat Al-Imtiyaz dan utk diri Mz sendiri 🙂 (Muaddibah Fatihah, Muaddibah Nur Izzati, Muaddibah Salmah, Muaddibah Durrah dan 2org muaddibah baru iaitu Muaddibah Aida dan Muaddibah Jannah). Mungkin xsempat Mz nak menyambutnya di PASTI krn Mz sdg bercuti di kg utk menguruskn beberapa  hal penting. Semoga setiap didikan para pendidik mendapat balasan yg baik drNya nanti..insyaAllah.

“Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa kerana orang tua penyebab adanya kita sekarang dan hidup di alam fana ini, sementara guru penyebab hidup yg kekal. Kalaulah tidak ada guru, nescaya apa yg dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya..” [Imam Ghazali]

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikatNya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yg ada di  dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yg mengajarkan kebaikan kpd manusia” [Hadis Riwayat Al-Imam At-Tirmizi]


THANK YOU TEACHERS!!

Thank you for all the,

Hours you spend,

Attention you give,

Needs that you tend,

Knowledge you pass on,


Your special touch,

Offering guidance,

Undaunted by much,


Time you spend planning,

Efforts you make,

Angles to learning,

Chances you take,

Here’s to my teachers,

Each one a gem,

Recognized now, I

Salute them!


Wallahu a’lam..

اغفر ذنوبي يا رب

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam indah dan tercantik Mz tujukan khas buat mama..salam sayang buat keluarga nun jauh di pantai timur. Semoga Allah merahmati mama, abah, abg dan adik2 di sana. Rindu itu datang lagi! Rindu kpd keluarga dan terkenangkan kg halaman yg rasanya sudah lama Mz tidak jejaki. Tika ini hati dan jiwa Mz diamuk rindu yg xterhingga kpd mereka. Kadang2 Mz jadi pilu mengenangkan nasib hidup di perantauan sebegini. Apatah lagi seorang adik Mz kini berada jauh di perlembahan Nil sana. Teramat rindu utk berjumpa dgnnya. Semoga dikau sentiasa tabah di sana sayang!!

Sempena hari ibu, mama, ummi, emak yg akn datang, Mz ingin mengucapkan setulus penghargaan sayang dan cinta buat insan yg xpernah jemu memberikan dorongan dan semangat buat Mz hingga kini. Mama..terima kasih di atas segala-galanya yg telah dikau berikan pada anakmu ini, moga Allah merahmati perjalanan hidupmu dan semoga dikau tabah mengharungi apa yg ada di hadapanmu. Ya Allah…titipkan kebahagiaan buat bondaku tercinta, semoga dirinya sentiasa tabah menghadapi ujianMu..ameenn ya Rabb

******************************************************

5.05 a.m

Ketika jemari Mz menari di atas keyboard ‘ummu faqihah’ ini..hati Mz sedang gelisah, ntah mengapa! Syaitan yg senantiasa gembira utk menghasut fikiran dan jiwa Mz kini  telah separuh berjaya menjalankan tugasnya yg keji itu! Namun sedikit kekuatan yg ada, Mz cuba utk tdk termakan dgn hasutan dan godaan mahkluk Allah yg pling jahat itu. Ya Allah..lindungilah aku!

Di dlm kekalutan fikiran ini, pelbagai persoalan yg timbul di benak dan jiwa Mz kini. Sejak kebelakangan ini pelbagai mimpi datang pd Mz dan semestinya Mz tdk mahu utk mentafsirkannya, hanya menganggapnya sbg mainan tidur. Terfikir dlm kotak minda Mz ‘mungkin juga disebabkan kesakitan yg Mz alami dlm sebulan dua ini yg menyebabkan mimpi2 itu dtg’..menyebabkan Mz seringkali meracau dan mngigau yg ntah apa2!..

Pada ketika ini juga hati Mz semakin sensitif dan mudah terusik. Mudah benar merajuk…klu merajuk dgn org besar xpe juga tapi ini lain jadinya. Selalu juga Mz merajuk dgn anak2 murid Mz yg masih kecil! Kadang2 bila difikirkan tak logik utk Mz merajuk dgn mereka apatah lagi mereka tdk memahami langsung apa yg Mz lalui. Adilkah mereka diperlakukan sebegitu?? Mz marah dgn diri Mz sendiri…apa yg dah berlaku sebenarnya..? Mz masih lagi mencari jawapan yg pasti!

Mz memohon maaf kpd sesiapa yg dirasakan pernah tersa hati dgn Mz, mungkin Mz tidak sedar sudah  menyakiti kalian..mohon maaf atas segalanya..

يا الله, اغفر ذنوبي

Ya Allah…ampuni segala dosa2ku..

ثم يتوب الله من بعد ذلك على من يشاء, و الله غفور الرحيم

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (التوبة: 27)