بسم الله الرحمن الرحيم
االسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah segala pujian hanya buatMu yang Maha Pemberi ilham, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat serta sahabat baginda.
Subhanallah..Maha Suci Allah yg telah mengurniakan nikmat buat kita hambaNya, maka seharusnya kita bersyukur dgn setiap kurniaanNya. Allah telah berfirman yg bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [An-Nahl : 18]
“Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” [Luqman : 12]
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” [Ibrahim : 7]
Alhamdulillah..terima ksh Mz ucapkan kpd pembaca blog Mz krn setia dan meneruskan pembacaan kalian. Ucapan Syukur yang tak terhingga Mz lafazkan krn Dia telah mengilhamkan satu anugerah yg tidak ternilai Mz rasakan. Inilah rupa2nya hikmah yg mungkin Mz tidak sedar sebelum ini dan satu hikmah yg tidak disangka-sangkakan. Akhirnya dgn keyakinan dan semangat yg mendalam, dpt juga Mz menghasilkan satu lagi blog tetapi ianya amat berlainan dgn blog Mz yg satu ini. Blog kedua Mz iaitu Fatihah Zinnirah adalah blog e-novel yg selama ini Mz idam2kan. Alhamdulillah akhirnya Mz berjaya mencipta blog e-novel Mz sendiri. Banyak halangan dan cabaran yg Mz terpaksa tempuhi sblm menghasilkan blog e-novel ini. Mz terpaksa mengedit semula dua buah novel ciptaan Mz krn sudah bertahun lamanya dibiarkan begitu shj. Hasilnya tidak mengecewakan Mz malah Mz merasa puas dgn kehadiran blog e-novel yg baru ini. Kini hidup Mz lebih ceria apatah lagi dlm proses mengedit novel BBL dan BSM banyak yg Mz pelajari untuk mempertingkatkan lagi mutu penulisan Mz. Walau pun Mz kira penulisan Mz agak sederhana berbanding penulis2 yg sudah gah namanya di mana2 syarikat penerbitan.
Terima kasih Mz ucapkan buat keluarga terutamanya mama yg sentiasa memberi sokongan dan dorongan buat puterimu ini. Juga jutaan terima kasih yg tak terhingga buat allahyarham ayahanda Mz krn byk memberi nasihat dan dorongan buat puterinya ini semasa hayat beliau. Terima kasih juga buat sahabat2 dan pembaca blog Mz yg senantiasa memberikan sokongan baik dari segi idea dan cadangan juga komen dan kritikan yg membina buat Mz. Tak lupa juga buat insan yg berada di kejauhan yg sentiasa memberikan kata-kata semangat buat Mz, walaupun beliau terlalu sibuk namun masih juga sempat mengintai-intai blog Mz yg tidaklah seberapa ini. Syukran kathiraa buat semua!
Sebelum terlupa, terima kasih sepenuh penghargaan Mz ucapkan buat adinda Fairuz Liyana Azman, junior Mz sewaktu pengajian dahulu krn mempromosikan blog e-novel Mz di blog beliau. Thanks a alot of precious my dear Fairuz!
Rindu sangat nak jumpa beliau, sudah 2tahun rasanya tidak bersua. Moga ada rezeki dan waktu yang lapang utk berjumpa dengan beliau..insyaAllah.
Terima kasih sepenuh penghargaan juga Mz titipkan buat kak Diya Nordin krn banyak yg Mz pelajari dari beliau, bagaimana utk menulis dengan lebih baik malah blog beliau selalu menjadi intaian Mz sebagai rujukan utk penulisan novel Mz. Thanks a lot of precious kak Diya!
Sebenarnya banyak lagi laman sesawang yg menjadi bahan rujukan Mz seperti rnysa, penulisan2u, dan banyak lagi. Karya Habiburrahman juga Mz jadikan sbg bahan rujukan, mungkin secara holistiknya krn Mz sukakan novel pembangun jiwa dan punyai ciri2 islamik. Bukan sesuatu yg mudah utk mentelaah benda alah ni sume, kna banyakkan membaca dan rajin surf internet. Lagi satu kena banyak habiskan duit beli buku2 dan novel2 terpilih. Ermm…kadang2 malas juga asyik nak ngadap laptop, sakit mata! Tetapi krn kasih Mz dlm bidang penulisan, Mz turutkan shj..hehee
Mz tidak mengharapkan kedua2 novel Mz ini diterbitkan tetapi jika punya rezeki insyaAllah. Semoga setiap pekerjaan, pemikiran dan penulisan Mz diredhai olehNya dan sentiasa diberi ilham yg berguna utk Mz meneruskan langkah Mz dlm bidang ini…amin Ya Rabb! Doakan yg terbaik buat Mz dan nantikan episod2 yang seterusnya utk tajuk novel Bukan Bayangan Lagi. InsyaAllah Mz akan publish seminggu satu episod sekiranya tidak ada aral yg melintang
Thanks for all of u..may Allah always bless all of u! Aminnn…
waLLahu a’Lam…








mga Allah sentiasa meredhai setiap langkah enti dlm memperjuangkan addeenNya melalui penulisan..