بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam indah dan tercantik Mz tujukan khas buat mama..salam sayang buat keluarga nun jauh di pantai timur. Semoga Allah merahmati mama, abah, abg dan adik2 di sana. Rindu itu datang lagi! Rindu kpd keluarga dan terkenangkan kg halaman yg rasanya sudah lama Mz tidak jejaki. Tika ini hati dan jiwa Mz diamuk rindu yg xterhingga kpd mereka. Kadang2 Mz jadi pilu mengenangkan nasib hidup di perantauan sebegini. Apatah lagi seorang adik Mz kini berada jauh di perlembahan Nil sana. Teramat rindu utk berjumpa dgnnya. Semoga dikau sentiasa tabah di sana sayang!!

Sempena hari ibu, mama, ummi, emak yg akn datang, Mz ingin mengucapkan setulus penghargaan sayang dan cinta buat insan yg xpernah jemu memberikan dorongan dan semangat buat Mz hingga kini. Mama..terima kasih di atas segala-galanya yg telah dikau berikan pada anakmu ini, moga Allah merahmati perjalanan hidupmu dan semoga dikau tabah mengharungi apa yg ada di hadapanmu. Ya Allah…titipkan kebahagiaan buat bondaku tercinta, semoga dirinya sentiasa tabah menghadapi ujianMu..ameenn ya Rabb

******************************************************

5.05 a.m

Ketika jemari Mz menari di atas keyboard ‘ummu faqihah’ ini..hati Mz sedang gelisah, ntah mengapa! Syaitan yg senantiasa gembira utk menghasut fikiran dan jiwa Mz kini  telah separuh berjaya menjalankan tugasnya yg keji itu! Namun sedikit kekuatan yg ada, Mz cuba utk tdk termakan dgn hasutan dan godaan mahkluk Allah yg pling jahat itu. Ya Allah..lindungilah aku!

Di dlm kekalutan fikiran ini, pelbagai persoalan yg timbul di benak dan jiwa Mz kini. Sejak kebelakangan ini pelbagai mimpi datang pd Mz dan semestinya Mz tdk mahu utk mentafsirkannya, hanya menganggapnya sbg mainan tidur. Terfikir dlm kotak minda Mz ‘mungkin juga disebabkan kesakitan yg Mz alami dlm sebulan dua ini yg menyebabkan mimpi2 itu dtg’..menyebabkan Mz seringkali meracau dan mngigau yg ntah apa2!..

Pada ketika ini juga hati Mz semakin sensitif dan mudah terusik. Mudah benar merajuk…klu merajuk dgn org besar xpe juga tapi ini lain jadinya. Selalu juga Mz merajuk dgn anak2 murid Mz yg masih kecil! Kadang2 bila difikirkan tak logik utk Mz merajuk dgn mereka apatah lagi mereka tdk memahami langsung apa yg Mz lalui. Adilkah mereka diperlakukan sebegitu?? Mz marah dgn diri Mz sendiri…apa yg dah berlaku sebenarnya..? Mz masih lagi mencari jawapan yg pasti!

Mz memohon maaf kpd sesiapa yg dirasakan pernah tersa hati dgn Mz, mungkin Mz tidak sedar sudah  menyakiti kalian..mohon maaf atas segalanya..

يا الله, اغفر ذنوبي

Ya Allah…ampuni segala dosa2ku..

ثم يتوب الله من بعد ذلك على من يشاء, و الله غفور الرحيم

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (التوبة: 27)