بسم الله الرحمن الرحيم….

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته….

Salam bahagia buat semua pembaca blog yg Mz kasihi. Alhamdulillah dgn izinnya Mz dpt kembali berpena utk mengisi kesunyian dan kesepian blog Mz selama beberapa bulan yg lalu. Tak terluah rasanya kata rindu utk menulis kalam2 indah dariNya. Terima kasih yg xterhingga buat sahabat2 pembaca blog  yg sentiasa berhubung dgn Mz melalui emel dan message. Dorongan kalian amat Mz hargai. Kesibukan sejak Mz bergelar pendidik dan sekaligus sebagai pelajar sering menjadikan Mz ketiadaan masa utk berblog apatah lagi meneruskan penulisan novel  yg sudah sekian lama terbantut. Alhamdulillah dgn izin Allah, cuti sekolah pada minggu lepas Mz pulang ke kampung dan telah memberikan sedikit ruang utk Mz menulis kembali. Dgn masa yg terluang Mz dpt menyambung penulisan novel , menambahkan ilmu dgn pembacaan buku2 ilmiah dan juga menghabiskan bacaan novel yg baru Mz beli pada bulan lalu. Ruang dan masa yg selebihnya Mz merehatkan diri dan menenangkan fikiran Mz yg agak penat dan kusut sejak kebelakangan ini. Semoga Allah sentiasa melindungi diri Mz..ameenn

Pada hari jumaat yg lalu, 3 Rabi’ul akhir 1431H telah berlangsungnya majlis kesyukuran dan Maulid Nabi yg ke2 di kediaman Mz. Pada hari yg sama juga berlangsungnya majlis aqad nikah sahabat Mz di pasir mas. Mohon maaf yg xterhingga buat beliau dan isteri krn Mz xdpt hadir ke majlis aqadnya. Majlis kesyukuran yg mama Mz adakan krn adik Mz, Nik Mohd Fadhil mendapat keputusan yg baik dlm SPM. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik. Dimulakan dgn selawat dan bacaan doa dari imam kemudian menjamu selera dan selepas itu disusuli dgn bacaan raawi dan nyanyian Qasidah dari pak cik dan mak cik Mz. Seronok sangat2…krn qasidah salah satu medium halwa telinga Mz sejak dari bangku sekolah lagi. Sempena majlis kesyukuran ini juga, Mz memanjatkan ksyukuran yg xterhingga kpdNya krn telah memberikan pelbagai nikmat kpd kami sekeluarga. Abah juga sudah nampak semakin baik walaupun penyakit abah belum sembuh sepenuhnya. Mz juga sudah pun menjalani kursus perubatan yg selama ini Mz impikan. Kini Mz bercuti selama 3bulan krn Dr. Tina sedang membuat kajian di Australia bersama beberapa org rakan beliau. Itulah antara anugerah yg Mz kira terlalu indah utk Mz ungkapkan. Terima kasih ya Allah..

فخذ ما ءاتيتك وكن من الشكرين

Oleh itu, terimalah kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yg bersyukur ”

(Surah Al-A’raf:144)

Dlm keadaan Mz yg kurang baik ini, Mz memikirkan banyak perkara. Tetapi Mz kira ianya tidaklah serumit yg Mz fikirkan..insyaAllah akan ada jalan utk memparbaikinya. Kalau semuanya nak dilakukan pada yg sama, takut nanti xtercapai apa yg Mz impikan. So kena selesaikan satu persatu. Moga setiap hari yg Mz lalui akan diselangi dgn kesabaran dan kekuatan hati yg tabah… انشاءالله :)

p/S: Selamat Hari Lahir yg ke-24 tahun buat Abe Long tercinta, Nik Mohd Firdaus..moga dirimu sentiasa dibawah rahmatNya..ameenn..